The Challenger Sports Center

15 May 2010

Malam tadi Malaysia baru kalah separuh akhir Piala Thomas. Kita plan nak pergi tengok, tapi ayah kata tiket dah habis. So hari ni kita ajak ayah pergi main badminton kat court sebenar, biar rasa macam dalam stadium. Ayah kata ok! So petang ni ayah bawa kita, ibu dan Haris pergi ke Challenger Sports Center dekat tepi Highway Grand Saga. Kat situ boleh main futsal, badminton, ping-pong dan juga snooker. Oleh sebab kami tak buat booking dulu, terpaksa lah tunggu dalam 45 minit sebab court semua penuh. Banyak court kat situ, berbelas-belas kut. Tapi sebab hari tu ada training akademi badminton mereka maka beberapa court dah dikhaskan untuk training. Nasib baik ada kedai minum kat situ, kami pun minum-minum sambil tengok final Piala Uber sementara tunggu turn. Pukul 5, baru kami dapat main. Rasa macam hebat sangat main dalam court... ala-ala Chong Wei gitu. Sorry gambar sekadar dari handphone, tak cantik.

Labels: 0 comments | edit post

Bowling @ Metro Point, Kajang.

1 May 2010

Maksu & Paksu datang ke rumah, Paksu kena pergi meeting dan Maksu pulak nak pergi belajar main bowling. Maksu kena main bowling di tempat kerja, jadi kena la belajar main sebelum main di office. Tapi kita rasa kurang tepat la Maksu pilih ibu untuk jadi guru bowling, sebab kita rasa dah bertahun ibu tak main bowling.

Oleh kerana Paksu pergi meeting kami berempat sahajalah yang pergi ke tempat bowling iaitu ayah, ibu, kita & Maksu. Mula-mula kami ke The Mines Shopping Centre. Tiba di The Mines, semua lane penuh. Waiting list pun panjang, tak tau dapat main pukul berapa. Ayah cadangkan kami ke Metro Point Kajang dengan harapan tak ramai sangat orang. So kami terus ke Kajang. Penuh juga, tapi waiting list tak la sepanjang tadi. Lagipun ada tournament kat sini, tu yang ramai tu. Lepas menunggu kira-kira sejam, kami dapat main. Tapi ayah taknak main pulak. Agaknya segan orang ramai tengok dia tak pandai main, he he. Ni gambar-gambar kita kat Ampang Bowl bowling alley di Metro Point Kajang

Labels: 0 comments | edit post