Al-Fatihah Untuk Nenek

14 June 2010 - 2 Rejab 1431

Inna lillah wa inna ilayhe rajeoon.
“We are from God, and we are returning to God

Semalam 14 Jun 2010 kita ikut ibu ke tadika. Walaupun cuti sekolah, di tadika ibu ada beberapa orang budak ‘daycare’ yang ibu kena jaga bersama Teacher Yuni. Biasanya kita tak ikut ibu tapi hari tu nak ikut pulak. Mungkin sebab semalamnya kami ke Cameron Highlands jadi ibu adalah bawak sayur-sayur dan buah-buah ke tadika, best. Lagipun hari ni ada 2 orang bibik kat rumah, tak best sebab nanti bibik tak bagi main kat luar. Kalau sorang tu, boleh la curi-curi main kat luar lagi. Yang satu bibik lagi tu bibik PakLong Rahah; mereka sekeluarga bercuti ke Terengganu, so bibik tu ditinggalkan dirumah kami untuk tolong jaga nenek.

Hari berjalan macam biasa, maghrib tu barulah ayah datang jemput kita dan ibu. Ibu baru selesai sembahyang tiba-tiba bibik call; bibik minta kami semua balik segera sebab nenek macam susah bernafas. Kami segera balik. Nasib baik tadika tu tak la jauh sangat dari rumah. Sampai rumah kita tengok nenek macam tercungap-cungap, dada nenek berombak-ombak. Ayah kata nak bawa nenek ke hospital. Tapi kami perlukan ambulan sebab nenek memang dah terlantar dan susah nak dibawa dengan kereta. Ibu dan ayah call satu hospital ke satu hospital dan akhirnya dapatlah hospital Kajang bersedia untuk hantar ambulans tapi dari klinik Hulu Langat.

Sebenarnya nenek dah duduk di rumah kita sejak bulan November 2009. Mula-mula tu nenek masih boleh berjalan tetapi dah tak ingat. Kadang-kadang nenek ingat nama kita dan ibu tapi selalunya lupa la, nama ayah pun nenek tak ingat. Tapi dah 4 bulan nenek terbaring sahaja. Banyak masa nenek tidur, kalau tak tidur pun nenek akan buka mata dan diam je.

Ayah pergi tunggu ambulans di luar, ibu dan bibik berdua tu mengaji, baca surah Yasin dan mengajar nenek mengucap. Tak lama kemudia ambulans pun sampai, ada beberapa jiran tolong angkat nenek naik ambulanuntuk dibawa ke hospital. Ayah ikut sekali naik ambulan tu. Kita, ibu & 2 bibik ikut naik kereta. Tapi kami lambat la sikit sebab nak kunci rumah semua. Dalam perjalanan ke hospital tu ayah dah call & bagitau yang nenek dah meninggal.

So hari ni adalah hari pengebumian nenek. Malam tadi Acu dah pun sampai dari Johor dalam pukul 2.15 pagi. Kami di hospital sampai pukul 12.30 pagi. Jenazah nenek di tempatkan di hospital atas nasihat ustazah yang akan menguruskannya nanti. Kami hantar kedua-dua bibik ke rumah paklong dan pulang ke rumah dalam pukul 3 pagi. Kita dah tidur, dah tak ingat waktu sebenar.

Pagi-pagi ibu bangunkan kita. Ayah entah kat mana? Kita, Ibu, Acu & UncleEdy ke hospital. Ibu & acu kena selesaikan urusan jenazah di hospital. Ayah rupanya ke rumah Paklong. Jenazah nenek akan dibawa ke rumah PakLong. Tak lama dihospital, Ayah & PakLong pun sampai. Urusan pengebumian nenek selesai ketika hampir waktu zohor. Kita sedih nenek dah takde...

Rasanya mungkin lama la blog ni nanti tak terupdate. Wassalam & Al-Fatihah untuk nenek.

---- 3 feb 2011
p/s: entries ini sehingga awal feb 2011 sebenarnya dimasukkan pada feb 2011
Labels: edit post
0 Responses