Nama saya Muhamad Amirul Amin, biasa orang panggil Amirul. Tahun 2009 ini kita darjah 2. Ayah suruh buat blog ini untuk letak cerita dan gambar kami pergi berjalan-jalan. Kita suka jalan-jalan lebih lagi suka kalau ayah dan ibu bawa duduk hotel. Boleh mandi swimming pool. Tapi tak selalu la kami pergi hotel. Ayah dan ibu selalu sibuk, lagipun ayah kata duduk hotel tu mahal. Ye ke?
Beberapa minggu lepas, Iqmal my sepupu ada bagi satu Tech Deck dia kat kita. Dia dah ada beberapa buah lagi yang baru. Yang lama ni diberi pada kita. Balik ke rumah, kita minta ayah belikan kita yang baru tapi ayah kata belajar la pakai yang lama dulu, dah pandai baru beli yang baru.
Siapa tak tau Tech Deck tu apa? Tech Deck ni bukan cicak Tokek tu tau, Tech Deck ni ialah skateboard mini yang dimainkan dengan jari macam dalam gambar ni:
Oleh sebab ayah dan janji kalau kita pandai main barulah boleh beli yang baru, maka kita pun selalu berlatih. Dan akhirnya hari ni kita dapat menempa kejayaan dengan meyakinkan ayah supaya beli Tech Deck baru seperti di bawah. Yang kat luar tu Tech Deck yang Iqmal bagi:
Ayah yang cari Tech Deck ni. Kebetulan orang yang jual ni pun duduk dekat-dekat rumah kita je. Dah jumpa penjual tu ayah suruh kita pilih design kat internet. Lepas maghrib tadi kami pergi ambil dari Tech Deck baru ni. Inilah rupanya selepas dikeluarkan:
Soalan Cepu Emas Entry Ini - Berapa ramaikah Amirul Amin dalam gambar di atas?
2 Hadiah Utama: Aiskrim Malaysia Perisa Milo. Sila tuntut hadiah kat rumah kita sebelum 21 April 2011.
Ahad 17 April 2011, tak tau nak buat apa. Kita ajak ayah & ibu ke Pusat Sains Negara. Kami pergi agak lewat, dalam pukul 3 baru tiba sedangkan Pusat Sains tu tutup pukul 5. Ayah & Ibu terkejut sebab tiket masuk untuk 3 orang je dah RM25. Kebetulan pula masa tu ada pameran Dinosour Live. Ibu kata mungkin ini sebab ada pameran dinosaur tu. Ibu pernah datang sini dan tiketnya taklah semahal ini. Tambahan pula kita tak lah teruja sangat dengan dinosaur tu, kita lebih suka main peralatan sains yang dipamerkan disitu. Oleh sebab dah sampai pun di PSN tu, kami masuk juga lah walaupun tiket mahal.