Pusing-Pusing Shah Alam

6 Jun 2011

Seperti hari-hari cuti sekolah selalunya, kita ikut ayah ke shah alam. Ayah ke pejabat sementara kita dan ibu pergi ronda-ronda cari aktiviti. So hari ini kami plan untuk ke Perpustakaan Negeri Selangor, Shah Alam atau juga dipanggil Perpustakaan Raja Tun Uda. Malangnya library ni ditutup sebab dalam proses pindah ke bangunan baru. Ayah kata library in pindah start bulan Mac, tapi sampai sekarang tak siap lagi.


Kebetulan muzium/galeri kat sebelah tu pun tutup. So kami lepak je la kat luar tu untuk ulangkaji subjek sekolah agama yang akan ada ujian selepas cuti nanti. Selepas tu kami ke Masjid Negeri untuk solat sebelum ambil ayah balik lepas asar tu.

Pada Rabu 8 June 2011, kita repeat lagi acara ini dengan ibu. Kami dapat masuk ke muzium tu iaitu Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. Best juga, tapi sayangnya hari tu kami tak bawak kamera.
0 Responses