Wet World Air Paneh Podeh

9 Jun 2011
Dulu masa pergi kenduri dekat kampung ibu, ayah dah janji nak bawa kita dan Ajai ke Wetword Air Panas Pedas ni. Tapi Ajai tak dapat ikut kali ini, sebagai ganti dan sebab kita takde kawan, ibu bagi kita ajak Haris jiran kita ikut sama.

Kami sekeluarga dan Haris singgah brunch dulu di Hussein Onn dan bertolak dalam pukul 12 tengahari. Ayah singgah di Cendol Leman Dawi sebelum sampai ke Pedas. Ayah kata dah dekat dah dengan Wetworld tu dan dah jauh kami berjalan, jadi singgah minum cendol dulu.
Ada beberapa keistimewaan cendol Leman Dawi ni:
  • Kita beli cendol semangkuk, tapi boleh tambah bermangkuk-mangkuk. Ais, Air Gula, Cendol dan Santan tambahan siap disediakan atas meja. Macam buffet
  • Cendol yang murah, Seringgit je semangkuk
  • Air minuman disediakan percuma. Masa kita pergi tu, disediakan air barli ais. Boleh bungkus lagi air tu.
  • Ayah kata Leman Dawi ni rajin bercerita pasal fakta negeri-negeri dalam malaysia. Malangnya hari tu pakcik Leman ni takde

Selepas makan cendol puas-puas kami meneruskan perjalanan ke Wetworld Kolam Air Paneh Podeh tu. Apa lagi, mandi la puas-puas. Malangnya gambar tak banyak sebab ayah & ibu pun mandi sama, jadi takde orang nak ambik gambar.







Kami masuk wetworld tu pukul 1:15 dan keluar pukul 6:30. Puas mandi! Lepas tu kami singgah sembahyang asar dan ayah bawa kami makan di A&W Taman Tasik Seremban.

Lepas makan kami sambung perjalanan ikut lebuhraya Lekas. Kami singgah di R&R Beranang untuk Solat Maghrib & Isyak sebelum tiba di rumah dalam pukul 9:15
Labels: edit post
0 Responses