Trip Bersama Teachers Sekolah Ibu

Ke bamboo camp lagi. Tapi kali ini dengan teachers centre ibu. Link ajelah ye.
http://sikecilpintar.blogspot.com/2011/07/teachers-day-off.html

16 July 2011

After few hectic & tiring weeks preparing and organizing the annual sports day, our teachers had their time off today at Bamboo Camp, Hulu Langat near Pangsun. Although it was only a day trip, but the cool water and the green environments proven soothing, refreshing and reenergizing our teachers, ready to guide their students for days to come.








*Unfortunately due to some personal matters, Teacher Vithya couldn't join us this time
Labels: 0 comments | edit post

Snowalk i-City

4 Julai 2011
Trip ni sebenarnya semalam lagi kita dah ajak ibu & ayah. Ayah busy siang tu, malam tu pulak ada game Malaysia lawan Taiwan. Terpaksalah buat hari ni walaupun hari sekolah. Lagipun sempena menyambut US Independence Day la kan.

6:45 petang - Bertolak dari rumah. Jam pulak depan sekolah kita sebab sekolah sesi petang baru keluar. Berhenti isi minyak di Petronas dekat sekolah agama kita.

7:20 malam - Berhenti di hentian SKVE Saujana Putra untuk sembahyang maghrib. Ngam-ngam tiba, azan pun berkumandang. Best tempat ni, sebelah dengan tasik. Tapi mungkin menyeramkan bila malam.

7:55 malam - berhenti makan malam di Kayu Nasi Kandar Seksyen 7 Shah Alam. Di sini terdapat ayam madu yang paling manis pernah kita rasa. Terbantut sikit selera. Nasib baik rimbunan dedaunan i-City dah kelihatan dah, kurang sikit marah tu.

8:45 malam - tiba di i-City. Berlegar-legar di lobi Snowalk iaitu destinasi perjalanan kami malam ini. Kebetulan masa tu tengah sesi snowfall. Merasa la kita duduk bawah snowfall sementara ibu & ayah cari kaunter nak bayar tiket masuk. Lupa nak cakap awal tadi, untuk trip kali ni Zulharis kawan kita pun ikut sama.




9:00 malam - ibu dah beli tiket. Semua sekali RM85 untuk pakej 2 Dewasa & 2 Kanak-kanak. Kemudian duit parking RM5 masa masuk tadi dipulangkan semula. Jadi jumlah RM80 je. Ayah kata kalau kami datang bertiga tiket seorang dah RM25, kali 3 jadi RM75. Campur parking RM5 jadi RM80 juga. Jadi bawa Haris ke tak bawa ke tiketnya sama je. Next, kami ambil (pinjam) baju sejuk, yang ni free je. Ibu pulak sewa boots sebab kaki ibu sejuk kena ais. Sewa RM10 & deposit RM10. Kita & Haris dah pakai sneakers & stokin tebal, ok kut. Haris beli glove RM15, kita bawak glove masa main ais kat Sunway haritu je. Ayah ok je tanpa glove & boots.



9:05 malam - kami masuk ke dalam. Perghh sejuk gil! Best juga tempat tu. Ada banyak ukiran-ukiran ais. Ada igloo, ada bar, ada slide untuk budak-budak kecik, tempat snowfight, tempat main bola, slide pakai pelampung, rumah ais, toboggan dan banyak lagilah. Tengok gambar-gambar kita ni ye.












9:40 malam - Kita ajak ibu keluar sekejap. Sejuk sangat! Lagipun ais dah masuk dalam kasut masa naik toboggan. Kakiku sejuk!! Dok luar kejap, dan masuk semula. Ayah pulak dah malas nak masuk semula. Ayah dok luar tunggu kami. Sambung gambar lagi.










10:15 malam - selepas beberapa kali keluar masuk, main toboggan dua kali, rasanya cukup dah main kat tempat sejuk tu. Kami pun keluar. Kebetulan tengah sesi snowfall lagi. Main lagi sekejap. Kita dan Haris bantu-membantu membuat ais kepal. Sesi snowfall ni cuma 2 kali je sehari, untung kita berada di sini masa kedua-duanya berlaku. Snowfall ni pun rupanya macam mesin abc gergasi, rasanya ais diparut je dari atas tu dan jatuh ke bawah ke tempat orang ramai. Tak la canggih sangat, tapi mana  la nak cari snow lain kat sini kan.






10:36 malam - sebelah dan bersambung dengan Snowalk tu ada amusement centre. Kita kecek ayah untuk kesana. Ayah kata kita & Haris boleh main satu game je setiap sorang. Tingkat atas adalah game arcade, tingkat dua tempat bumper cars serta snooker & pool manakala tingkat bawah adalah kiddie ride disamping menjual snacks dan makanan. Maka selepas perbincangan dengan Haris, kami pilih untuk main....






Bila tengok kita dan Haris main tak habis-habis & tak masuk-masuk, ayah pun capai kayu cue dan tunjuk skill. Tak la hebat sangat tapi banyak la yang masuk. 4 bola terakhir ayah tinggalkan untuk kita & Haris.

10:55 malam - habis main pool ayah kata kena balik sekarang sebab dah tengah malam & esok sekolah. Kami singgah di gerai-gerai disitu untuk membeli burger & minuman. Kita supper burger dalam kereta malam tu sementara ayah drive balik.



Labels: 0 comments | edit post