Janda Baik & Bukit Tinggi - Part 1

30 Nov - 2 Dec 2011

Lama tak update blog sebab sibuk dengan pelajaran & ulangkaji, he he he! Haritu Acik Farid & Achik ajak kami sekeluarga bercuti di Janda Baik, Pahang. Achik kata Uncle Kamarul (Kawan Acik Farid) yang ajak kami ramai-ramai pergi sana. Tarikh sebenarnya ialah 30 Nov hingga ke 2 Dec, tapi sebab ibu & ayah bussy memanjang, maka kami tiba di sana malam 30 tu. Jadi gambar & cerita yang ada bermula dari 1 hb la ye sebab mlm tu kami buat aktiviti makan, sembang dan tido je...

Oleh kerana kami tiba dah malam bumin. Maka pagi tu baru la nampak landscape sebenarnya..
Kita dok chalet yang kiri tu
(Pandangan Chalet dari Wakaf)
Wakaf Berangan yang Berangin
(Pandangan Wakaf dari Chalet)
Eh. Lupo nak koba'an nama tempat ni Teratak Malaya ye!
Pagi pertama tu kami sekeluarga breakfast kat luar. Sebab sarapan disediakan di resort pukul 7. Brrr... sejuk tu nak bangun apatah lagi nak mandi. Oleh sebab semua sepupu pun tidur dengan kita, maka semua bebudak tak sarapan lagi, makanya ayahanda bonda terpaksa stop sarapan kat luar resort tu. Sedap jugak..


Lepas makan kami ke Rabbit Park nun diatas Bukit Tinggi. Ada rabbit yang sihat-sihat dan gebu-gebu. Ada gak binatang lain seperti rusa & donkey. Rusa dan Keldai ni kami kurang nak tengok sebab ada bau yang kurang best. Tapi kami seronok tengok anak rusa yang diletakkan dalam kandang arnab, lincah dan ceria je. Ada juga rabbit katik yang macam hamster tu. Ada yang kata tikus belanda, entahlah nanti kita Google kan.










Tengahari tu kami balik ke Teratak Malaya untuk makan tengahari. Sebenarnya makanan telah disediakan sebanyak 6 kali sehari iaitu, sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan supper. Kami makan di dewan makan dan kena cuci pinggan & cawan sendiri. Kita rasa seronok pulak. Ayah kata kalau duduk asrama, macam ni la caranya. Makan kat dewan makan, berjadual cuma mungkin tak perlu basuh pinggan mangkuk sendiri la. Sebab seronok sangat, ada satu je gambar dewan makan tu kita snap..
Petang tu kami habiskan masa di resort je. Main bola, main badminton & juga memancing. Awal-awal memancing tu ayah dapat 2 ekor ikan yang tak sampai hati nak diambil sebab tersangatlah keciknya lalu dilepaskan. Lepas tu ikan tu pergi sekolahkan ikan-ikan lain kut terutamanya yang besar-besar. Memang takde lagi yang tersangkut lepas tu. Melopong je.


Cabutt... main badminton lagi baik!!
TERATAK MALAYA RESORT AND TRAINING CENTRE REVIEW
  • Persekitaran: Cantik, banyak pokok-pokok & kolam yang ada ikan. Ada sungai semulajadi yang cetek dan sesuai untuk kanak-kanak berendam. Sayangnya masa tu musim hujan jadi laluan agak becak. Selain tu ada kerja-kerja pembinaan yang sedang dilakukan. Nampaknya diorang buat chalet atas pokok.
  • Bilik: Oleh kerana tempat ini lebih kepada pusat/kem latihan, jadi penginapan pun macam kem la. Ada dormitory, ada juga chalet dan kalau tak salah nak berkhemah pun boleh. Kami duduk kat chalet tepi kolam. Stail rumah kampung. Katil & tilam yang sangat selesa. No air-cond, no tv, no water heater. Bila malam memang terasa suasana kampung di sini, sejuk dan kedengaran suara katak & burung. Yang tak bestnya ada serangga boleh masuk ke chalet ikut laluan angin. Lipas pun ada masuk he he.
  • Makanan: Makanan stail kem yang ok, sedap. Masakan Melayu tradisional. Kalau datang dalam group besar, boleh la tempah pakej penginapan & makanan. Kalau tidak, kena makan kat luar sebab resort ni takde restoran, cuma ada dewan makan je.
  • Akan datang lagi?: Kalau dengan group yang ramai. Pertama supaya boleh pakej dengan makanan dan kedua supaya meriah sikit. Tempat ni macam terasing, sunyi bila malam.
  • Value for money?: Tak pasti sebab tak tau berapa harga chalet dan makan minum kami disitu. Tapi untuk trip kali ni sangat value for money la sebab sponsored.
Labels: edit post
0 Responses