Bermalam di Bagan Lalang Part 2

18 & 19 Februari 2012

Pagi 19 Februari tu kami bersarapan dengan hidangan yang disediakan oleh pihak resort. Ada nasi lemak, mee goreng, roti bakar, sosej dan telur. Kami kena tambah RM6 sebab terlebih sorang jejaka handsome dari bilangan kupon yang disediakan.
Dah habis breakfast, aktiviti diteruskan dengan acara posing-posing sambil ambik gambar dituruti dengan acara ronda-ronda pantai sambil berkubang. Ayah dan ibu pergi beli ikan, tapi kita tak ikut.
Pukul 12 kami check-out dari resort. Kita berjaya pujuk semua orang singgah di Extreme Park @ GPT. Mula-mula kita main go-kart!




Best woo main go kart!! Lepas tu main paintball pulak
Last tu kita main ATV


Walaupun agak mahal tapi ibu bagi pulak. Mungkin sebab bukan selalu pun main camni. Terima kasih Ibu! Lepas main ATV kami bertolak balik dan berhenti makan di Salak Tinggi.
CAMAR LAUT RESORT & PUSAT LATIHAN, BAGAN LALANG REVIEW
  • Persekitaran: Landscape yang cantik juga. Jauh dari pantai, kena menapak. Ada padang yang luas untuk bermain, takde swimming pool. Banyak kedai seafood berhampiran
  • Bilik: Kami ambik 2 rooms chalet. Style rumah melayu, dari luar nampak biasa je tapi dalamnya macam newly renovated. Selesa. Siap ada ampaian dan paip kat luar (belakang) chalet. Macam kat rumah kampung rasanya.
  • Makanan: Simple dan basic breakfast. Sesuai la dengan harganya. Value for money juga, kalau takde breakfast ni nak kena keluar pulak. Room rate RM190 with sarapan for 4. Tambah kita sorang cuma bayar RM6 sahaja. 
  • Akan datang lagi?: Besar kemungkinan; InsyaAllah.
  • Value for money?: Yes


0 Responses