Basikal Baru

11 September 2012

Sempena ulangtahun hari lahir kita lagi beberapa minggu, juga bagi memenuhi permintaan kita untuk sebuah basikal bergear, serta untuk memujuk hati yang lara maka ibu telah men'sponsor' sebahagian besar kos pembelian basikal kita yang baru. Pada perbincangan awal, kita akan keluarkan RM90 dari duit raya kita dan selebihnya ditanggung oleh ibu. Namun oleh kerana model pilihan yang agak mahal maka kita kena upkan pengeluaran ke RM100 dan ibu tambah lagi peruntukan RM100. Jadinya, kita keluar seratus dan ibu keluar beratus-ratus... kita sayang ibu kita..!

Ayah tolong pilihkan basikal. Kita beli kat kedai Kimbell Jaya BTHO ni je. Tapi pegi kat kedai anak sebab lagi banyak pilihan. Ayah kata kalau utk basikal biasa-biasa tapi ok, beli kat sini je. Ayah dah serik gi kedai lain. Lagipin diorang ni authorised dealer Raleigh, LeRun dan Polygon. Ayah pun bagi kita pilih antara Raleigh & LeRun je.

Kita pilih LeRun Bonus. Size besar punya, 26". Orang kedai kata ni ayah pun boleh bawak...ye ke he he.. Orang kedai suruh pilih dulu nak colour apa? Dah pilih warna baru dia pasang. Puas hati. Oh ya, ni sebenarnya LeRun kita yang ke2, yang pertama dulu kita beli Voltus. Masih elok lagi secara umumnya. Sementara tunggu orang tu pasang, Ayah tunjuk Raleigh Diablo dan Diablo Pro. Yang ni ayah kata kita kena beli sendiri kalau nak, sebab harganya dah RM7-8 ratus. Basikal yang harga ribu-ribu pun banyak kat kedai tu.




Spesifikasi
  • TYPE - MTB 26" Rigid Frame Gent
  • FRAME - Hi-ten oval tubing
  • SPEED - 18 Sp
  • FORK - Hi-ten rigid fat tubing
  • HANDLEBAR - MTB rise-type black
  • STEM - MTB black
  • HEADSET - Normal
  • SADDLE - MTB soft padded
  • SEAT POST - Steel
  • CHAINWHEEL - Steel crank w/CG black
  • PEDAL - PP w/ball
  • CHAIN - KMC Steel brown
  • FREEWHEEL - Shimano MF-TZ06
  • SHIFTER - Shimano SL-RS31
  • FRONT DERAILLEUR - Shimano FD-TZ31
  • REAR DERAILLEUR - Shimano RD-TY18
  • TIRES - 26" x 1.95"
  • RIMS - Alloy - Double Wall
  • SPOKES - Stainless steel
  • HUBS - Steel parallax
  • BRAKE LEVERS - Silver, black
  • BRAKES    Steel - V-brake
LeRun Voltus & Bonus - Gambar Hiasan (Bukan Kita Punya)

Ni sebenarnya basikal kita sejak berumur 5 tahun. Ada satu tu ibu punya ye. Yang sebelum tu dah bagi orang atau jual kat suratkhabar lama

Labels: edit post
0 Responses