Rewang Kenduri Kahwin Merdeka Raya 2012

31 Aug - 2 Sept
Pada minggu sambutan kemerdekaan 2012 lepas, di lorong rumah kita ada kenduri besar-besaran.. Oleh sebab 31 Ogos tu jatuh pada hari Jumaat, maka cuti hujung minggu jadi 3 hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Lorong kami sebagai lorong terhebat abad ini telah mempunyai jadual padatnya sendiri. Tak payah Himpunan dan Konsert 55 Tahun Merdeka ataupun Perarakan Hari Kemerdekaaan. Juga tanpa perhimpunan Janji Demokrasi, tweeter mahupun facebook kami mempunyai jadual seperti berikut:
  • Khamis malam Jumaat: Tahlil, doa selamat dan open house di rumah Cik Karim
  • Jumaat: Rewang dan Majlis Nikah pada petangnya di rumah Cik Bidi
  • Jumaat malam Sabtu: Tahlil dan doa selamat di rumah Cik Bidi
  • Sabtu: Rewang dan Majlis Kenduri Kahwin di rumah Cik Bidi - Grandeur
  • Ahad: Rewang dan Majlis Tahlil, doa selamat dan open house di rumah Cik Maidin - Grandeur

Selain kaum keluarga yang bertandang dan berkampung di rumah penganjur/tuan rumah, kami kanak-kanak turut berkampung di luar. Masuk utk tidur je..









Labels: edit post
0 Responses