Liga 1MCC - Hong Leong Yamaha 2013 U12's

27 Januari 2013

Ada kelab offer kita main, bangga seh!



Labels: , 0 comments | edit post

Jagalah Hatimu!

27 Januari 2013
Anakku
"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati." (HR. Bukhari-Muslim).

Dalam hati itulah letaknyanya kunci keimanan dan kepercayaan kita. Bulatkanlah hati itu kepada Allah swt maka segala yang lain akan menjadi mudah. Insya-Allah, Allah juga akan mempermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat. 


Larian Integrasi SKBTHO2 2013

19 January 2013

Sekitar hari Larian Integrasi SKBTHO2 2013
  • Tarikh: 19 Januari 2013
  • Hari: Sabtu
  • Masa: 7.30 - 11.30 pagi
  • Tempat: Persiaran Suadamai
  • Jarak: 4 KM
  • Murid-murid yang terlibat adalah murid Tahun 3 - 6 sahaja
  • Penyertaan murid-murid akan memberi markah kepada Rumah Sukan masing-masing

Warming-Up Sebelum Memulakan Larian
  
Lepas Beramai-ramai Mengikut Darjah & Jantina


  
Lariii!!!
  
Abam Besar Suda Marii!

Kuchiwa. Dapat nombor....


Apa-apa pun, lek lu! Chill!




Labels: 2 comments | edit post

Jadual 2013

13 Jan 2013


Tahun ni kita UPSR, so faham-faham la kan. Jadual dah ibu dan ayah susun. Pergh agak sibuk kita ni nanti. Januari ni bulan warm-up dulu. Lagipun program sekolah akan start pada Februari. So untuk Januari ni kita ada:
  • Tution luar setiap Rabu 8:15 - 10:15 malam untuk Matematik & Sains
  • Tution luar setiap Khamis 8:15 - 10:15 malam untuk BM & English
  • Kelas Al-Quran & Mini Hafidz 8:00 - 9:30 pagi setiap Sabtu & Ahad
  • Kelas Tajwid 8:00 - 9:30 malam setiap Sabtu
Start Februari jadual akan bertukar drastik:
  • Isnin, Selasa dan Rabu - Kelas tambahan anjuran sekolah 8:00 - 10:00 malam
  • Sabtu - Kelas tambahan anjuran sekolah 8:00 - 12:30 pagi
  • Kelas Al-Quran dan tution luar tu mungkin terpaksa dijadualkan atau difikirkan semula.
  • Selain itu ada juga program-program lain anjuran pihak sekolah dalam waktu persekolahan.
  • Ada juga seminar dan kem-kem yang dianjurkan khusus untuk UPSR di luar waktu sekolah. Hebat sekolah kita....
Ni jadual penuh kita...
Jadual2013

Kalau ikut jadual ni, nampaknya tak dapat kita nak jalan-jalan tahun ni. Sentiasa sibuk je...