Liga 1MCC U12 2013 - Week 1

17 February 2013

Hari ni bermulanya perlawanan pertama bagi pasukan U12 Mahkota FA dalam Liga 1MCC - Hong Leong Yamaha 2013. Walaupun secara rasminya ia bermula semalam, tapi hari ini baru ada perlawanan untuk MFA. Hari ini kami akan menetang pasukan GEN PRO dan juga MY KIDS SOCCER.

Pagi-pagi lagi seawal jam 7, kami berkumpul di Hentian / Restoran Rasmi MFA iaitu Restoran Afiq Harmoni di Bandar Mahkota Cheras. Oleh sebab kita terlewat sikit bertolak, ayah bawa ibu sekali sebab kalau dah tertinggal rombongan, ayah plan nak hantar kita terus ke padang RRI tu. Nasib baik kami masih sempat. Ayah hantar kita disini sahaja dan mungkin ke RRI pada tengaharinya.

Inilah suasana di RRI. Selain liga kami ada banyak perlawanan lain diadakan disitu. Ramai orang. Macam pesta bolasepak je. Oh ye, gambar-gambar selepas ini sebenarnya diambil pada lewat pagi sebab sebenarnya ibu yang ambil gambar-gambar ni. Pagi tu takde kamera sebab ibu belum sampai.



Kem MFA


 Melangkah masuk untuk bersedia bagi perlawanan kedua


Power Bar time.... yucks!!


Fotoan dulu dong mas sebelum lagi bertarung.


Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi

Gambar-gambar separuh masa pertama




Halftime kami mendahului 2-0. Sesi pep-talk dan berehat

 Second half

Kena balas satu gol dalam second half. Ni sesi amanat terakhir sebelum makan dan pulang.


Tapi minggu depan kami akan datang lagi ye.. tunggu.

Keputusan akhir hari ini:
    Week1 Ahad 17.02.2013 - GEN PRO @ padang A/08.30am (0 - 5)
    Week1 Ahad 17.02.2013 - MY KIDS SOCCER @ padang A/12.30pm (2 - 1)
Labels: , edit post
0 Responses