Liga 1MCC 2013 - Introduction

16 February 2013

Kita dapat main dalam liga 1mcc bagi zon Lembah Kelang mewakili Mahkota Football Academy (MFA). Berita tentang liga 1mcc ni boleh dibaca di suratkhabar New Straits Times disini http://www.nst.com.my/streets/central/it-gets-bigger-1.214076. Walau bagaimanapun masa cepat sangat sebab perlawanan akan mula pada 16 Feb sedangkan kita mula join latihan dalam 6 Feb haritu.
Logo mungkin tak tepat sebab trace dari jersey

Team MFA ni asalnya dari Bandar Mahkota Cheras (BMC) seberang highway dari kawasan rumah kita ni. Ketua dan Boss kelab ni ialah Coach Amer dan dia kata motto MFA ialah: "Rise And Rise We Shall And Until Lambs Becomes Lions...."

Selain sesi latihan, kita sempat ikut dua perlawanan persahabatan mewakili kelab ni. Pertama kita lawan Skuad U12 Akademi Bola Sepak Pro Harimau Remaja, Ampang. Kami kalah 1-0. Perlawanan kedua kita main untuk team campuran U12 & U14 MFA lawan team campuran U12 & U14 MBPJ. Kami menang 4-0.

Untuk tahun 2013 ni diorang buat 2 division bagi zon Lembah Kelang. MFA berada di Division 2. Ini kerana bilangan pasukan yang masuk dah bertambah. Ada 32 pasukan, jadi 16 di division 1 dan 16 lagi di division 2. Kedudukan division ini ditentukan mengikut keputusan liga tahun lepas. Pasukan dalam Division 2 adalah:

Eagle Premier Football Academy, Astaka FC, Fireball Academy, GEN Pro, Glenmarie United, Kelab Bolasepak Ampang Jaya, KB Anak Kalumpang, Kelab Bolasepak Remaja Harimau Klang, Lestari Junior FC, Mahkota FA, My Kids Soccer, Ombak FC, Permai FC, PFKA Batu Caves, Semenyih Putra United, Ulu Kelang Recreation Club (UKRC).

Walaupun 16 Feb dah start, MFA hanya akan mula bermain esok 17 Feb 2013. Ni start lawan sebenar ni. Suspen pun ada nih..

JADUAL PERLAWANAN (Revised)
  1. Week1 Ahad 17.02.2013 - GEN PRO @ padang A/08.30am
  2. Week1 Ahad 17.02.2013 - MY KIDS SOCCER @ padang A/12.30pm
  3. Week2 Sabtu 23.02.2013 - LESTARI JUNIOR FC @ padang A/10.30am
  4. Week2 Sabtu 23.02.2013 - EAGLE PREMIER FA @ padang B/01.30pm
  5. Week3 Ahad 03.03.2013 - PFKA BATU CAVES @ padang B/10.30am
  6. Week3 Ahad 03.03.2013 - UKRC @ padang A/3.30pm
  7. Week4 Sabtu 09.03.2013 - KB REMAJA HARIMAU KLANG @ padang B/9.30am
  8. Week4 Sabtu 09.03.2013 - GLENMARIE UNITED @ padang B/12.30pm
  9. Week5 Ahad 17.03.2013 - ASTAKA FC @ padang B/10.30am
  10. Week5 Ahad 17.03.2013 - FIREBALL ACADEMY @ padang A/02.30pm
  11. Week6 Sabtu 23.03.2013 - KB AMPANG JAYA @ padang B/09.30am
  12. Week6 Sabtu 23.03.2013 - SEMENYIH PUTRA UNITED @ padang B/01.30pm
  13. Week7 Ahad 31.03.2013 - KB ANAK KALUMPANG @ padang B/08.30am
  14. Week7 Ahad 31.03.2013 - OMBAK FC @ padang A/12.30pm
  15. Week8 Sabtu 06.04.2013 - PERMAI FC @ padang B/02.30pm
  16. Week9 Sabtu 13.04.2013 - Suku Akhir
  17. Week9 Sabtu 13.04.2013 - Separuh Akhir
  18. Week10/11 Weekend 20/21 OR 27/28.04.2013 (TBC) - Akhir
 LOKASI PERLAWANAN

Padang Bolasepak
Rubber Research Institute (RRI)
Lembaga Getah Malaysia
Jalan Sg. Buloh
Labels: , edit post
0 Responses