Liga 1MCC U12 2013 - Week 3

3 March 2013

Perlawanan minggu ini jatuh pada hari Ahad. Mulanya Ayah cuma nak hantar ke BMC sahaja, dan kemudian ambik kita di RRI pada petangnya. Tapi entah macamana, Ibu dan Ayah jadinya terus menghantar kita ke RRI pagi tu.

Kita sampai pun ngam-ngam saing dengan coach. Nasib baik kita dah breakfast dalam kereta sebab selepas tu kami terus start dengan rutin warm-up.





Perlawanan pertama adalah menentang PFKA Batu Caves. Kita duduk dibangku simpanan dulu. Mula-mula tu nampak macam ok tapi entah macamana rupanya tak ok. Mula-mula tu agak kucar-kacir permainan MFA terutamanya defender. Separuh dari first half kami dah ketinggalan 0-2. Coach Abraham panggil kita masuk. Walaupun kita tak la hebat mana, tapi nampaknya bahagian pertahanan cool sikit. Kami bertahan dan mula menyerang. Banyak peluang dicipta sehingga akhirnya kami dapat satu penalti... sayangnya tak masuk Mungkin preassure tinggi kat Amri kut. Kita pun dapat peluang untuk try, tak masuk jugak. Takpe, tu namanya takde rezeki. Kami tewas 0-2. Petang nanti lawan UKRC pulak...
Semua duduk ni bukan protes padang becak...
.... ni waktu azan asar tengah dilaungkan
Perlawanan petang tu berlangsung selepas hujan. Perghh... macam kobau ghaso'e maen dalam bondang, tak pek den nak maen do. Dan memang kita tak main pun. UKRC ni kami agak gentar juga. Dah la kelab ni sendiri dah otai, ada pulak si Azam main kat team ni. Azam ni dah la bosa, dia memang main stopper dan lastman dalam team sekolah kita. Tugas dia... "kebaboom" clear bola. Kalau amik freekick pun dia juga sebab dia sepak memang kencang. Ada makcik penyokong MFA kata "ni budak ke bapak orang ni?" bila dia tengok Azam main.

Namun Alhamdulillah, rezeki menyebelahi MFA. Akhirnya kami menang 1-0. Dan Azam terlepas satu penalti. Mesti preassure gila kan..? Entah kenapa, kamera ibu pun rosak hari ni. Kamera video yang dibawa pulak takde bateri. So gambar masa game memang takde
Jangan Tak Perasan Baju Baru Ni Ye!
Keputusan hari ini
     Week3 Ahad 03.03.2013 - PFKA BATU CAVES @ padang B/10.30am (0-2)
     Week3 Ahad 03.03.2013 - UKRC @ padang A/3.30pm (1-0)
Labels: , edit post
0 Responses