Kejohanan Sepak Takraw Daerah Hulu Langat (MSSDHL) 2013 @ SK Semenyih

22 & 23 April 2013

Hujung minggu yang baru lepas ni terasa agak boring. Dah 9 hujung minggu berturut-turut kita ada game di RRI, jadi bila dok rumah & pergi tution je terasa boringnya. Tapi apakan daya season dah tamat. Tapi ada juga bagusnya. Sebab semalam (Isnin) bermulanya Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Langat 2013 di SK Semenyih, Semenyih. Dapatlah kita berehat. Habis bolasepak kita main sepaktakraw pulak. Jom!
Tekong Amirul
Day 1
Sebenarnya ini tahun kedua kita mewakili SKBTHO2 dalam kejohanan Sepaktakraw MSSDHL. Tahun lepas regu kita kalah dalam pusingan pertama lagi. Alhamdulillah tahun ini agak berseri sikit. Kita berjaya mengatasi pusingan pertama dengan menewaskan SK Sungai Lui 15-4, 15-?. Yang letihnya tunggu giliran la. Sebab regu yang bertanding ada seratus lebih kut. Sebab pusingan pertama je ada dalam 70 perlawanan. Kita datang pagi, tapi lawan pukul 3 sebab kita game ke 56. Sabar je menunggu.

Apa-apa pun kita tunggu esok. Sebab pusingan pertama pun tak sempat habis dalam hari pertama ni. Tu la kan, punya la banyak regu yang masuk..

Day 2
Perjuangan diteruskan di pusingan ke dua. Sedihnya kedua-dua regu BTHO2 kecundang di pusingan ini. Takde rezeki nampaknya. Regu kita tewas kepada regu dari SK Taman Nirwarna dalam 3 set (15-13, ?-15, ?-15).
Hasif, Dzul, Cikgu Awie, Amirul (c), Haiqal, Ustadz Zabidi
Labels: edit post
0 Responses