Liga 1MCC U12 2013 - Week 8 (Last League Game)

6 April 2013













Hari ni hari terakhir persaingan liga. Minggu depan mula perlawanan kalah mati pulak start dari suku akhir (pagi) dan kalau ada rezeki ke separuh akhir (petang). Pertandingan akhir belum ditentukan lagi tarikh dan tempatnya. 2-3 minggu kebelakangan ni permainan Amirul semakin baik. Kalau dulu cepat pancit, sekarang dah selamba main full game. 2 game sehari pun nampaknya boleh. Drill jogging bersama Ibu nampaknya membuahkan hasil. Tapi apakan daya, baru nak pickup musim dah habis pulak. Takpelah, kita tunggu tahun depan, sementara tu tumpu pulak kat UPSR ye lepas ni..

Anyway, ni keputusan hari ini:
     Week8 Sabtu 06.04.2013 - PERMAI FC @ padang B/02.30pm (1 - 1)
















Dan dengan tak disangka-sangka pihak 1MCC berupaya menghasilkan jadual standing pasukan sebelum entry kami ditulis. So kami tak perlu buat sendiri, copy je la dari site diorang.


Mengikut standing mutakhir ini maka MFA layak ke peringkat seterusnya, suku akhir. Jadual perlawanan suku & separuh akhir adalah seperti berikut:
    QF1 - Ombak FC vs UKRC - Padang B - 8:30am
    QF2 - Gen Pro vs Eagle PFA - Padang B - 9:30am
    QF3 - Fireball FA vs Glenmarie United - Padang B - 10:30am
    QF4 - Permai FC vs Mahkota FA - Padang B - 11:30am
     SF1 - Winner Of QF1 vs  Winner Of QF3 - Padang B - 1:30pm
     SF2 - Winner Of QF2 vs  Winner Of QF4 - Padang B - 2:30pm











Kami juga datang ke RRI hari ni dengan mission kedua iaitu menge'test' kamera baru Fujifilm S2980. kamera budget je. So gambar agak melimpah ruah la kali ini. Ini pun tak download lagi gambar dari kamera Teacher Yuni






Labels: , edit post
0 Responses