Liga 1MCC U12 2013 - Quarter Final

8 April 2013

Hari ini perlawanan Suku Akhir untuk piala U12 1MCC akan diadakan. MFA akan menentang Permai FC, team yang sama kami lawan minggu lepas. Kalau ikut sms coach, game start pukul 11:30 pagi dan kebiasaannya kami kena berada di padang sekurang-kurangnya sejam awal. Kira sesuai untuk keluar rumah sebelum 9:30 pagi.

Ehh.. apasal keluar gambar Humairah cenonet ni?
Minggu ni ibu dan ayah ada tugasan khas jaga Humairah sebab PakSu ada kelas, jadi Humairah akan ikut sekali ke padang. Tak lama tu Teacher Yuni sampai dan kami keluar dalam pukul 9:30. Matlamat pertama ialah mencari gerai untuk beli breakfast kita dan Humairah, tapi banyak gerai tutup. Nasib baik ada gerak Pakcik Topi. Kami tapau nasi lemak. Memang tapau sebab mintak pakcik tu letak nasi dalam bekas cap Tupperware yang MakLong Rahah bagi.

Perjalanan diteruskan sambil kita dan Humairah makan nasi lemak. Minuman ibu bawa dari rumah. Bila kami tiba di RRI dalam pukul 10:30 kita tengok semua orang dah start warm-up. Alamak rupanya game dicepatkan ke pukul 11:00. Nasib baik kita dah breakfast dalam kereta. Kita terus tukar baju, pakai boot dan join warming up session. Takde gambar warm-up ye sebab ayah dan ibu gi makan kat cafe Hevea Abang Cekak.

Nasib baik reserve dulu, tengah kenyang ni..

Main dalam hujan! Nasib baik kita direhatkan dulu..

Tamat first half 0-1, kita masuk





Penyokong tegar MFA frust sebab seri 1-1
Last week dalam perlawanan liga kami seri dengan Permai FC ni 1-1 dan minggu ni seri lagi 1-1. Bezanya minggu ni perlawanan suku akhir untuk piala, kena ada pemenang. Jadi kena buat masa tambahan 10 minit (5 minit x 2).

Melangkah masuk ke masa tambahan






Hasil kerjasama dan kemahiran pertahanan MFA yang kental (chewah!), tiada gol berjaya membolosi gawang. Tapi apakan daya, pertahanan lawan pun sama juga. Jadi keputusan seri kekal hingga ke akhirnya. Jadi PENALTIII!!!










  1. 1st Permai FC: Berjaya di tepis oleh Kimie, tetapi foul kerana dia terlebih dahulu keluar / bergerak. Semula, dan gol. (1-0)
  2. 1st MFA: Azri (dukun) - Gollll!!! (1-1)
  3. 2nd Permai FC: Gol (2-1)
  4. 2nd MFA: Haiqal (Lychee) - Gollll!!! (2-2)
  5. 3rd Permai FC: Keluar (2-2)
  6. 3rd MFA: Iqbal - Gollll!!! (2-3)
  7. 4th Permai FC: Gol (3-3)
  8. 4th MFA: Awin - Gollll!!! (3-4)
  9. 5th Permai FC: Berjaya diselamatkan oleh Kimie (3-4)
  10. 5th MFA: - Takyah amik dah, dah menang!
Keputusan Suku Akhir 4    
    Week9 Sabtu 13.04.2013 - Permai FC @ padang B/11.00am (1-1 / 4-3 penalties)
    Horeee!!! MFA layak ke separuh akhir......

Ehhh... Luqman, kau nak cabut kaki player Permai ke?







Kami ke Separuh Akhir petang ini... nantikan updatenya..!
Labels: , edit post
0 Responses