Liga 1MCC U12 2013 - Semi Final

8 April 2013

MFA ke separuh akhir selepas menang dalam perlawanan suku akhir 2013 U12 1MCC League pagi tadi (sini). Perlawanan kami akan bermula jam 2:00 petang menentang GenPro FC. Sebelum ini GenPro kalahkan Mahkota FA 5-0. Tapi itu perlawanan pertama kami dalam league, first time really lawan sama-sama walaupun sebelum tu dah ada 1-2 friendly match bersama. Kali ni kita tengok ye pulak camana.

Walau macamanapun match ni memang mengetarkan, semi-final ni....




Apa-apa pun, jika mereka layak ke separuh akhir, kami juga layak ke separuh akhir. Jadi mari kita bertaruung meletuup!!

Kalau nak dikira size, kami agak ehem sikit la. Tapi size doesn't matter kan?

Doa panjang-panjang dik..

Apa yang penting?? Kerjasama..!
Diiringi doa dan harapan, perlawanan dimulakan


Puteri Lindungan Atuk & Wan beradu di lindungan pokok!

Hish! Besar-besar diorang ni! Takpo, den beghani! Takdo cuak do!

Gol lah ni... Kita relax kejap Amri.




GenPro score 1, kami balas 1. Dia score 1 lagi, kami balas 1 lagi. Draw sampai tamat masa tambahan. Apa lagi, penalti la semula macam pagi tadi. Memang liat MFA ni. Kalah liat, nak menang pun liat.. he he







Kita pun lupa dah turutan penalti tu. Cuma yang nyatanya kali ni kotak penalti tidak menyebelahi MFA. Kami tewas akhirnya kepada GenPro. Jadinya:

Keputusan Separuh Akhir 2    
    Week9 Sabtu 13.04.2013 - GenPro FC@ padang B/2.00pm (2-2 / 2-4 penalties)

Keputusan Penuh Mahkota FA 2013    
    U12 Div 2 1MCC League: Tempat ke 5
    U12 Div 2 1MCC Knock Off Round: Tempat ke3

Longlai....

Wajah-wajah sugul...

Linangan air mata...

Kesedihan yang tidak dapat disembunyikan...

Coach pun samo...
Pak Amer yang amat berdedikasi akhirnya menceriakan semula petang ini dengan cenderamatanya....










Best pengalaman ni. Terima kasih Pak Amer & Auntie, Ayah & Ibu, Coach Abraham, kawan-kawan players MFA U12, U14 dan U-U lainnya, Uncle-uncle, Auntie-auntie, Kakak-kakak, Abang-abang, Penyokong dan Penyorak semua, terima kasih MFA.

Terima kasih semua!
Dan malam esoknya kita dapat ini pula:
Terima kasih Cer Yuni.
Kita akhiri musim ini dengan gambar di bawah:
Wassalam





Labels: , edit post
0 Responses