Memancing Lele

30 May 2013

Pagi ni MakSu sekeluarga datang. PakSu, Humairah dan Harraz duduk kat rumah kita sementara MakSu ada urusan di AEON Cheras Selatan. Urusan apa? Apa lagi kalau bukan J-Card / AEON Card Day he he. Bila MakSu dah balik, giliran PakSu la pulak berjalan.

PakSu ajak kita gi mancing kat Sungai Serai. Kita mula-mula malas, tapi bila Ayah suruh ikut kita ok je. Ayah tak memancing sangat; tolong kita je. Lagipun ngeri sebab PakSu bawak umpan cengkerik... heee geli..


Paksu target ikan besar-besar. Kita pulak target ikan kecik-kecik je, janji dapat ikan. Ikan besar ni kalau dapat memang untung, tapi susah nak dapat. Oleh kerana kita aim ikan keli (lele) je, dan ikan tu banyak kat situ, maka senang la juga nak dapat. Kita dapat beberapa belas ekor la juga.

Nampak tak ikannya? Kocik yo...
Dah bosarkan ni.. nampak tak?

Labels: edit post
0 Responses