Jalan-jalan Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2013

31 May - 4 Jun 2013

Setelah menghabiskan seminggu pertama cuti dengan tusyen, sekarang kita dan keluarga dah dapat berjalan-jalan sikit. Jumaat pagi tu Ayah pergi servis kereta. Petang tu Atuk, Wan serta MakSu sekeluarga datang. Atuk tinggalkan MakSu sekeluarga kat rumah kita. Rupa-rupanya malam tu ada kenduri di Seremban. Jadi kami akan menyusul ke sana bersama MakSu sekeluarga. Mungkin kita sekeluarga akan terus balik ke Johor lepas tu.

Rupanya ini kenduri tahlil dan doa selamat rumah baru atuk polis yang kita pergi rumahnya kat Temerloh haritu. Haritu rumah polis, ni rumah sendiri. Lawa rumah ni. Oleh sebab tadi kelam-kabut bertolak ke Seremban, barang-barang tak sempat nak pack. Jadi kami balik semula ke rumah malam tu dan bertolak ke Johor esoknya dalam pukul 4.30 petang.
Singgah makan bekal!
Kami ikut LEKAS sebab ayah kata PLUS jam. Oleh sebab banyak lauk yang Wan bawak semalam & kami sekeluarga kenyang lagi masa tengahari, kami bawa semua lauk tu sebagai bekal. Kami berhenti makan di R&R mana entah kat LEKAS tu. Best juga sekali-sekala berhenti makan bekal ni, selalu asyik beli makanan kedai je kalau kat R&R ni. Perjalanan diteruskan lepas makan...

Kami tiba di tol Ayer Hitam pada pukul 9.00 malam. Semua orang kenyang lagi. Tapi ayah kata kami kena berhenti juga makan atau bungkus makanan. Nanti dah sampai rumah Acu, mesti malas nak keluar dan lewat malam nanti mesti lapar. Kami berhenti di satu gerai kat Ayer Hitam ni. Hidangannya.....
Murtabak Singapura yang Besarrr Punyaa.. boleh makan 3, 4 orang

Telur Pindang dah ready kat meja belakang... macam kedai mamak sediakan telur rebus

Pelan-pelan kayuh... Apakan daya, size kecik dah habeez!

Akhirnya berjaya kami bertiga habiskan + soto semangkuk
Antara sebab kami balik ke Johor ni adalah kerana ada jemputan kenduri kahwin sepupu Ayah di Johor Bahru. Jadi Ahad pagi tu kami bertolak ke JB dengan kereta Acu. Kami kena pergi awal sebab Acu yang buat kek pengantin tu. Takkan lepas pengantin bersanding baru kek nak sampai kan..

Meja Pengantin

Pelamin Pengantin

Kek Pengantin 1

Kek Pengantin 2

Kek Pengantin dengan Pembuat Kek Pengantin

Kita dengan Pembuat Kek Pengantin

Abang dan Kakak Ipar Pembuat Kek Pengantin
Lepas kenduri, maka bermulalah sesi JJJB, Jalan-jalan Johor Bahru.
Kebangaan Johor Kini...

Mana mau pigi?

Isi minyak, rehat sambil minum dan melepaskan hajat di ESSO.
Mula-mula kami pusing-pusing kat Stulang.
Kilang yang jadi background tu sebenarnya kat Singapore

Silau!

JBBB!! Peace You All!

Di Kejauhan...

Nampak kelibat orang...

Oh Acu rupanya..

Ternampak tadika cantik...
Kat Stulang ni pun tak buat apa. Turun kejap ambik gambar je, panas sangat. Kami sambung bersiar-siar lagi.
Mirul! Nak pergi mana ni??

Situ haa...







Kenapa girl tu hala muka kat situ??





Apa la dibincang tu?

Ayah tangkap polis ke?

Max Wide

Max Zoom

Singgah jap kat Tutti Fruti. Makan lagi....

Acu belanja!!
Lepas Legoland, kami pusing-pusing pula kat Puteri Harbour. Apa ada kat sini? Macam-macam juga yang ada; Hello Kitty Town, LAT's Place, Little Big Club, Toys R Us dan lain-lain lagi.
Nampak teruja..

Bila close-up, macam boring je..

Lat's Place

Pon, pon... Rilek la bai. Bagi saya melintas dulu.



Bukan Legoland tapi Toys R Us

Marina


Selepas Puteri Harbour ni, ada satu lagi last stop. Tempat makan-makan lagi. Sabo je la, memang balik Johor ni agenda akan dipenuhi dengan acara makan. Menu pilihan kali ini; Tahu Bakar, Rojak Buah, Yong Tau Foo, Air Buah, Cincau dan Otak-otak.
Ibu cerita dulu diorang ni berniaga kat Pantai Lido, sekarang dah kat dataran JB ni. Ayah kata kat padang sebelah ni mungkin tempat JDT berlatih, sebab ada A-Board lambang JDT.




Kuah Yong Tau Foo yang unik

Lepas tu kami terus balik ke rumah Acu. Kita dah tak keluar rumah dah, layan Graal je. Ayah yang busy keluar masuk dengan Acu. Ayah kata dia pergi menguruskan hal-hal didalam dan diluar negeri. Punyalah banyak urusan ayah, kami terpaksa postpone balik ke KL lagi sehari. Plan nak balik Isnin malam 3 Jun, terpaksa ditunda ke Selasa 4 Jun pagi-pagi selepas subuh. Selepas subuh tu pun sebab ayah ada meeting petang tu kat Shah Alam. Kalau tak, dapat kita main Graal lagi..
Sepotong Kain untuk Wan

Labels: , , edit post
0 Responses