Subadron Football Academy Liga Premier / Super Remaja 2013 - (U12 Premier) Part 2

6 Julai 2013 *edited

Kami bertolak kembali dari rumah ke Glenmarie dalam pukul 7 malam. Sebelum memasuki NPE azan maghrib telahpun berkumandang menyebabkan kami berhenti di Petronas berhampiran. Berbekalkan sedikit minuman dan gula-gula, kami meneruskan perjalanan. Tiba di Proton Casting, Glenmarie kira-kira jam lapan. Suasana masih tertumpu di padang U8 & U10.

Amirul tak dapat main game terakhir MFA pukul 8:00 malam ni akibat injury. Jadi kami datang malam ni hanya untuk tengok dia ambik medal. Game ni MFA melawan Tunas 9, team Iqbal bekas pemain MFA masa 1MCC tempohari. Diringkaskan, MFA menang 2-0 dan sah bergelar juara U12 Liga Permier SFA. Dengar khabar MFA juga menjadi juara U8 Liga Premier MFA setelah menang ketiga-tiga perlawanan. Apa pun kami belum dapat medal lagi. Ada 2 game lagi iaitu perlawanan persahabatan U16 MBJ United melawan AJFC serta U50 diantara team Veteran Subadron dan Pegawai/Jurulatih akademi lainnya. Last tu nanti baru upacara penyampaian hadiah.
















Ni pulak gambar-gambar keriangan disamping kelaparan, kepenatan dan mengantuk. Gambar-gambar ni diambil diantara pukul 12:18 pagi hingga 12:31 pagi. Selepas snap gambar-gambar ni kami dapati 2 orang player MFA dah tertidur dalam khemah kemudian 2 lagi kelaparan sampai makan nasi yang disediakan tengahari tadi. Amirul pun lapar. Kami ubah route balik, jalan jauh sikit masuk NKVE ikut tol Subang, singgah di Petronas NKVE utk sandwich dan donuts.










Apa pun, kami mengucapkan tahniah dan terima kasih pada Subadron Football Academy, Subadron Aziz, ahli jawatankuasa penganjur, penaja seperti proton, gt radial dll serta semua yang terlibat menjayakan acara ini.
    
Labels: , edit post
0 Responses