Sekitar Ramadhan 1434 / 2013

3 August 2013

Tahun ini adalah tahun pertama kita berpuasa di tempat baru. Ok je, cuma aktiviti luar di malam hari tidak semeriah di Suadamai. Ibu dan Ayah kata elok lah tu, tahun ini kita kan nak UPSR. Tapi ada juga beberapa kali la kita dapat pergi ke pondok di Suadamai.

Tahun ni juga kami banyak berbuka diluar. Bukan makan tak berhenti-henti kat hotel atau restoran dari azan maghrib sampai orang habis terawih tu. Biasanya kami akan berbuka ringkas-ringkas je (ikut apa yang ada di dapur Ibu), selesaikan solat dulu dan malamnya barulah kami keluar makan.
Sahur 4 Ramadhan: Croissant & Cold Cuts Sandwich

Berbuka 4 Ramadhan: Mac & Cheese, Mushroom Soup & Some Salad
Contoh Menu Berbuka Ringkas

Berbuka 14 Ramadhan: Buttered Prawn, Kailan Ikan Masin,
Ikan Bakar Kuala Perlis, Sotong Goreng Tepung.
Contoh Menu Berbuka Tinggi Kalori
Selain dari cara tu & berbuka di rumah Atuk, rasanya 2 kali je kita berbuka di luar. Itu pun sebab ibu takde. Dan kalau tinggal berdua je dengan Ayah, memang menu kedai mamak le jawabnya. Ayah kata senang dan simple: Order air - tunggu Azan Maghrib - Ambik nasi - Makan - Bayar - Balik. Sempat lagi solat Maghrib kat rumah. Ayah juga kata bulan puasa ni senang nak pastikan satu-satu kedai mamak tu memang kedai Mamak MUSLIM atau bukan. 

Bazaar Ramadhan juga semakin banyak kat area rumah kita ni. Sebagai pengunjung tegar, kita suka walaupun kadang-kadang hidangannya tak seberapa. Menu wajib (kalau ada) Char Kue Tiaw & Samosa, kadang-kadang Lemang & Rendang... he he
Samping Misterius. Tak tau sapa punya, ditemui masa Ayah kemas-kemas samping &
songkok. Rupanya Acu bagi kita tahun lepas, lupa la. Thanks Acu.
Melengkapkan samping Acu di Atas, kita ada 3 pasang baju melayu baru untuk Aidilfitri. Mula-mula Achik dan CikFarid belikan sepasang warna turquoise. Baju tu agak besar sikit jadi ibu beli juga sepasang lagi warna hijau takut kita tak sempat membesar sebelum raya he he. Semalam ayah pulak beli baju untuk dia. Baju Teluk Belanga warna kelabu sepadan dengan warna baju ibu. Dan tadi, ayah belikan kita pulak baju yang sama kainnya tapi versi Cekak Musang. Tercekik musang tu... Cuma kita tak pasti & tak ingat, baju tak melayu dah beli ke?
Labels: , edit post
0 Responses