Karnival Bolasepak PNSB 2013

9 November 2013

Kita berpeluang lagi bermain untuk MFA, kali ini di Karnival Bolasepak PNSB 2013 di Mini Stadium Shah Alam. Pertandingan kali ini ialah pertandingan 9 sebelah dan kita diarahkan bermain pada posisi midfielder bersama-sama dengan Luqman.

Ayah dan Ibu masing-masing ada kerja pagi ni jadi kita akan pergi bersama Pak Amer. Kami berkumpul di Mahkota Cheras jam 6.45 pagi, dan bila dah cukup pemain terus bertolak ke Shah Alam.

Keputusan tidak begitu mengalakkan, dalam peringkat kumpulan kami menang satu perlawanan dan seri satu perlawanan lagi. Kemudian kami tewas pula dalam perlawanan di pusingan kedua (kalah mati) dan berakhirlah perjuangan MFA dalam kejohanan ini.

Keputusan:
  • Peringkat Kumpulan
    • Menewaskan PNSB FC 2-0
    • Seri dengan KBRK Kajang 1-1
  • Pusingan Ke-2
    • Tewas kepada JuniorKids Perak 0-1




Takde gambar perlawanan sebab ibu tiba selepas kami kecundang kepada JuniorKids Perak




Labels: , edit post
0 Responses