Showing posts with label Educational. Show all posts
Showing posts with label Educational. Show all posts

PTD / Report Card Day 2013

2 Julai 2013

Sian kita, Ibu & Ayah datang lambat, lambat la dapat balik. Tapi lebih baik dari tak datang langsung.




Hari Guru 2013

16 Mei 2013

Untuk menyambut hari guru tahun 2013, kami sekeluarga sediakan sedikit hadiah untuk guru-guru yang mengajar kita tahun ini samada di sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama. Walaupun tak seberapa, kita harap cikgu-cikgu akan terhibur dan gembira. Mintak maaf cikgu kalau tahun ni kita banyak tak masuk kelas, busy bersukan. Janji takde sukan lagi dah lepas ni. Tumpu UPSR & PSRA pulak..

Pen untuk tanda buku, coklat untuk makan. Jangan terbalik!

Khas untuk guru-guru kelas.

Untuk subject teachers.

Macam-macam perisa yang ada...

bittersweet chocolate, extra fine milk pralines, extra fine milk chocolate with hazelnut,
extra fine milk pralines (kotak baru), extra fine milk chocolate with almond

Terima Kasih Cikgu!

Tambahan pada 17 Mei 2013

He he... rupanya hadiah Hari Guru kita short 1. Tak cukup... Anyway kami tambah la yang tak cukup tu. Camior dah habis, yang ada dalam peti pun dah bukak. Ganti dengan coklat pergunungan, Toblerone..


Ibu & Ayah Memilih

5 May 2013

Dalam pukul 8 ayah kejutkan kita, kita taknak bangun lagi sebab hari ni hari Ahad. Lepas tu ibu pulak kejut. Ibu suruh kita ikut ayah dan ibu pergi mengundi. "Mengundi??" Dah lama dengar tu, dekat sebulan dah. Bendera pun ada banyak sepanjang jalan. Ayah pun dah cerita pasal Barisan Nasional yang dalamnya ada Umno, MIC, MCA dan lain-lain lagi. Pasal Pakatan Rakyat yang ada PAS, DAP dan PKR dalamnya. Serta calon bebas yang boleh ada ramai tu. Pasal lambang dacing, bulan bintang, roket, rumah, kunci, pokok dan sebagainya. Tapi malas laa... pagi lagi ni, sedap tido. Tapi oleh sebab ibu & ayah mengundi di rumah lama atuk, maka kita terpaksa ikut. Jauh tu, takut pulak tinggal sorang-sorang. Lagipun ibu janji lepas mengundi kami akan ke rumah atuk.

Ayah bagitau yang pilihanraya akan datang adalah ketika kita tingkatan 5, lama lagi. Baik ambik peluang tengok sekarang. Jadi ayah bagi kita kamera untuk ambik gambar. Kita jadi kameraman hari ini

Ini di sekolah Hulu Kelang, tepi MRR2 sebelum sampai Zoo Negara
Alamak jam la pulak...





Ni pulak dekat Giant Hulu Kelang, jalan masuk ke SK Taman Permata tempat ibu & ayah nak mengundi. Dulu ayah dan ibu duduk area sini kat rumah atuk. Sekarang rumah tu MakLong duduk.


Ayah kata Lion King


Ini pula di Tempat Mengundi SK Taman Permata. Ayah & ibu suruh ambik gambar banyak-banyak, tapi kita takut la. Boleh ke ambik gambar dalam ni? Polis ramai ni.

Takyah semak, ibu dah semak kat sms.

Terserempak dengan MakLong & AcikFarid, tapi time ni AcikFarid dah balik


Turun Harga Petrol

Hapuskan Tol & dapat air mineral free sebotol..


Lepas selesai ibu dan ayah mengundi, kami ke rumah atuk di Selayang. Dalam perjalanan kita tanya ibu 
"Ibu pilih yang mana?".
Tapi ibu taknak jawab ibu kata undi adalah rahsia. Kita tanya banyak kali, ibu kata nanti balik dari rumah atuk baru ibu bagitau. Kita tanya ayah pulak, ayah kata "Ayah memilih untuk mengundi!". Haih...

Ini pula kat Selayang, on the way nak ke rumah atuk. SK Taman Selayang ke apa camtu..





Diorang ni ada 3 orang je...


Dekat sekolah Hakim yang dekat dengan rumah atuk ni pun tempat mengundi juga. Tapi kita dah malas nak ambik gambar. Macam dah banyak sangat gambar.
Bakal Adun Kuah

Apa-apa pun, kata ibu:
Undi sapa la agaknya tu???

Jadual 2013

13 Jan 2013


Tahun ni kita UPSR, so faham-faham la kan. Jadual dah ibu dan ayah susun. Pergh agak sibuk kita ni nanti. Januari ni bulan warm-up dulu. Lagipun program sekolah akan start pada Februari. So untuk Januari ni kita ada:
  • Tution luar setiap Rabu 8:15 - 10:15 malam untuk Matematik & Sains
  • Tution luar setiap Khamis 8:15 - 10:15 malam untuk BM & English
  • Kelas Al-Quran & Mini Hafidz 8:00 - 9:30 pagi setiap Sabtu & Ahad
  • Kelas Tajwid 8:00 - 9:30 malam setiap Sabtu
Start Februari jadual akan bertukar drastik:
  • Isnin, Selasa dan Rabu - Kelas tambahan anjuran sekolah 8:00 - 10:00 malam
  • Sabtu - Kelas tambahan anjuran sekolah 8:00 - 12:30 pagi
  • Kelas Al-Quran dan tution luar tu mungkin terpaksa dijadualkan atau difikirkan semula.
  • Selain itu ada juga program-program lain anjuran pihak sekolah dalam waktu persekolahan.
  • Ada juga seminar dan kem-kem yang dianjurkan khusus untuk UPSR di luar waktu sekolah. Hebat sekolah kita....
Ni jadual penuh kita...
Jadual2013

Kalau ikut jadual ni, nampaknya tak dapat kita nak jalan-jalan tahun ni. Sentiasa sibuk je...

Serigala Jahat Yang Gemuk (Besar)

Friday Dec 7 2012


Big Bad Wolf datang lagi. Entah kenapa, semua orang excited nak pergi awal-awal. Biasanya benda-benda macam ni, ibu dan ayah akan pergi time dirasakan kurang ramai orang. Tapi kali ini kami pergi pada hari pertama dan jam pertama pameran/sale ini dibuka.

Pukul 6.30 pagi ibu dah kejutkan kita. Sesuatu yang jarang berlaku di musim cuti sekolah ini. Biasanya ibu biar je pukul berapa pun kita bangun. Pukul 7 kami dah sampai di MIECC, dan seperti yang dijanjikan PakSu, MakSu, Achik, Hakim, Hadi, Hasib dan Harraz pun tiba pada waktu yang sama.
Parking Cantek Punya, dekat lif!
Walaupun buka pukul 6.30 pagi, ramai juga orang yang dah datang. Diorang solat subuh berjamaah kat sini kut he he he.... Asyik sangat memilih buku, sampai lupa snap gambar. Ni gambar-gambar semasa kami sort buku.
Satu untuk kau, satu untuk aku. Dua untuk kau, dua untuk aku!

Amik tugas Atuk sebagai Pegawai Pemerhati berCekak Pinggang

Achik dan Anak-anaknya. Hakim, Hadi dan Hasib.
Lepas 2 jam kami semua dah lapar. Ye la, masing-masing tak sempat sarapan. So dalam pukul 9.30 pagi kami bertolak balik ke rumah utk breakfast kat restoran berhampiran. Ayah dan Ibu plan nak pergi lagi BBW ni sebab ibu tak sempat nak tengok buku-buku dia. Lagipun MIECC ni dekat je dengan rumah kita.
Tunggu makanan...

Rombongan MakSu ke Pesta Buku

Harraz: Den dah boli buku, ekau ado??

PakSu Musykil: Ni makan ko apo ni??
Hasil Tangkapan Kita Hari Ini!
UPDATE: Ayah dan Ibu nak pergi semula ke BBW tu malam/pagi tu. Ini lah hasilnya yang membuatkan ibu & ayah berpatah balik!
Sabtu 8 Dec 2012, 1:07 pagi!!!
UPDATE LAGI: Setelah frust nak pergi ke Serigala Jahat Yang Besar, ibu sowang-sowang pergi melawat Serigala Jadian di:
Sabtu 8 Dec 2012, 1:20 ptg @ TGV AEON Cheras Selatan

 

Projek Sains

20 April 2011

Hari ini projek sains kita menampakkan hasil. Pokok yang ditanam dalam kotak mula menunjukkan pergerakkan ke arah cahaya. Ye ye!