Ancasa Resort Port Dickson

26/12/2009

It was Christmas and school holidays. MakSu ajak kami berjalan-jalan tapi ayah kata susah nak dapat hotel time-time macam ni. Tapi entah macamana ayah dapat sewa apartment di Ancasa Resort Port Dickson melalui kawan ayah. So, off we go. Kami bertiga, Maklong, Fitri, Iqmal and Ajai pergi in one car. Sementara tu MakSu and Paksu serta Acik sekeluarga dah pergi dulu. Kami tiba disana agak lewat, dah malam dah pun. Nasib baik Acik Farid & PakSu dah check-in dulu. Takde aktiviti special, main, makan, main lagi malam tu sampai kena marah suruh tidur.










The next morning pun kami breakfast kat gerai tepi pantai di luar resort, mandi laut & swimming pool. Cuma kami sempat la juga naik bot pusing-pusing perairan pd dan naik pony sebelum balik tu.










































*Updated On 31 May 2010









Sukida Resort Semenyih

13 Dec 2009
Cuti sekolah hujung tahun ni Fitri datang tidur rumah kita beberapa hari. Satu hari tu ayah dan ibu bawa kita dan Fitri memancing di Sukida Resort Semenyih. Tempat ni best pemandangannya. Ada banyak kolam dan boleh memancing dimana-mana kolam pun. Bayaran masuk RM10 setiap joran, mancing le berapa lama pun. Tapi sebab bayarannya murah sambutan ikannya kurang mencabar la. Lepas tu, kalau kita nak bawak balik ikan yang dipancing, ia akan ditimbang untuk ditentukan harganya. Kalau taknak bawak balik, lepaskan je ikan tu balik. Tak payah bayar apa-apa lagi. Kat sini kami tak pernah dapat ikan besar, takat lampam je la. Lagipun lampam tak payah bayar, dia bagi free je.
Cuma trip kali ni ayah tak bawak tangguk untuk sauk udang yang akan dijadikan umpan lampam. So pancing ikan besar je la, hasilnya... kami makan ikan kat gerai je malam tu. He he



















































Labels: 0 comments | edit post

Agrotek Hulu Langat - Q-dees Prima Saujana

8-9 December 2009

Trip to Agrotek Garden Resort, Hulu Langat bersama teachers Q-dees ibu. Kami duduk officially satu malam je, tapi ada teachers yang ajak ibu stay sampai 2 malam. Petang hari pertama tu dipenuhi dengan acara mandi sungai. Kita ada juga ikut ayah memancing kat kolam di situ. Malam tu makan riverfood (macam seafood, cuma semua hasil ternakan air tawar). Lepas tu acara karaoke dan disambung dengan acara lepak-lepak main cardgames. Esoknya selepas breakfast ada competition congkak dan bingo. Kita ada dapat hadiah alarm clock.




















































































*Updated On 31 May 2010
Labels: 0 comments | edit post

Tangkap Udang

4 Dec 2009

Kami makan malam di kedai mamak berhampiran. Ada pulak kedai memancing udang dekat-dekat situ. Puas kita pujuk ayah dan ibu untuk try memancing udang pulak, last-last ayah benarkan dengan syarat sejam sahaja. Susah juga memancing udang ni, banyak kaedah nak kena ingat. Banyak kali terlepas. Ayah kata boring dan suruh kita je mancing. Last-last kita dapat tangkap 2 ekor udang dan orang kedai tu bagi kita lagi 4 ekor. Dapatlah 6 ekor untuk dibawa balik.












*Updated On 31 May 2010
Labels: 0 comments | edit post

Shahzan Inn, Kuantan

2 Nov 2009
Ini sebenarnya trip ayah pergi outstation. Oleh sebab ayah pergi sorang-sorang, kita dan ibu pun ikutlah sama. Kami bertolak subuh-subuh lagi. Tiba di Kuantan, terus check-in. Ayah tinggalkan kami di hotel dan terus pergi buat kerja dia. Kita dan ibu ronda-ronda bandar Kuantan. Malangnya kita terlupa bawak swimsuit, try cari kat kedai semuanya mahal-mahal belaka. Last-last kita terjun swimming pool pakai track je. Petang dan malam tu kami bersantai dan dinner di Pantai Teluk Cempedak. Esoknya pagi-pagi lepas breakfast kami dah bertolak balik sebab kita ada ujian bulanan petang tu he he.

*Updated On 31 May 2010

Impian Morib, Banting.

1/8/2009

1 Ogos 2009 kami ke Impian Morib Motel di Pantai Morib, Banting. Ayah ada perjumpaan reunion dengan kawan-kawan sekolah dia sempena 20 tahun meninggalkan sekolah menengah mereka. Kami tiba agak lewat sebab banyak persinggahan yang kena buat, check-in di hotel kira-kira pukul 4 ptg. Kami dapat bilik deluxe yang ada 1 katil besar dan satu katil single. Ayah pun tak tau kenapa kami dapat bilik besar tu. Tapi ok la lagi selesa.









Petang tu ada acara telematch, mula-mula acara untuk anak-anak, lepas tu acara untuk ibu-ibu, ibu kita masuk acara tu. Kumpulan ibu dapat nombor satu dan dapat hadiah hamper untuk dikongsi ramai-ramai. Lepas tu acara kaum bapa pulak, kita tengok kawan-kawan ayah selamba bukak baju berlengging ramai-ramai. Ayah kata kawan-kawan dia semua dah mesra macam adik beradik, jadi semua tak kisah. Ibu-ibu la yang macam malu-malu nak tengok. Kumpulan ayah pun menang juga. Lepas tu ada acara pasangan ibu bapa pulak, acara dia makan maggi. Sedap tu makan mee maggi. Tapi acara ni ayah dan ibu tak masuk. Selepas habis acara penyampaian hadiah, ayah dan kawan-kawan dia teruskan dengan sesi bersembang sampai azan maghrib berkumandang. Kita apa lagi, acara berendam dalam swimming pool lah.


















Malam tu dalam pukul 8.30 ada pula acara dinner b.b.q di sekitar swimming pool tu. Agak boring bagi kita sebab ada banyak ucapan. Ada juga ditayangkan gambar ayah dan kawan-kawan dia masa di sekolah dulu. Malam tu ayah & kawan-kawan kena pakai baju putih tapi bukan baju sekolah la. Diorang ada sesi nyanyi lagu sekolah pulak tu.










Esok paginya, lepas breakfast kita dengan acara berendam lagi selain ronda-ronda sekitar resort dengan ibu. Resort ni cantik juga dan tak la jauh sangat dari rumah kita, tapi ayah kata agak mahal dan makanannya tak sedap. Sementara itu ayah sambung bersembang dengan kawan-kawannya. Maklumkah dah lama tak jumpa kut, malam tadi pun kita tak tau ayah balik ke bilik pukul berapa sebab ibu kata ayah balik lewat. Tengahari tu kami check-out dan dalam perjalanan balik tu singgah lunch di KFC bandar Banting.