Kedai Baru Ayah

14 Februari 2011
Sempena dengan Maulidur Rasul pada 15 Februari 2011 ni ayah akan melancarkan kedai barunya. Tapi bukan la kedai macam biasa tu, kali ni ayah buka kedai online kat internet. Ayah kita akan jual kamera dan barang-barang berkaitan kamera kat situ. Selain itu nanti ayah kata akan ada jual barang-barang lain macam psp, ps2/ps3, nintendo dan xbox. Ayah kata ipad, ipod macam fitri dan iphone pun akan ada jual. Cuma buat masa sekarang ayah kata kedai tempat ayah beli barang-barang tu belum bagi harga murah lagi, jadi tak boleh la nak jual lagi. Tak sabar nak tunggu bila ayah ada jual game. He he he.

Boleh la klik kat 2 gambar di atas tu kalau nak tengok kedai ayah. Yang satu tu kedai internet yang satu lagi tu blog macam ni jugak. Selain tu boleh juga klik kat gambar-gambar Inspector Gadget di sebelah kiri blog kita ni untuk ke kedai ayah. Oh ye, nama kedai ayah ni gadgetshoppe ye!
Labels: 0 comments | edit post