Bunga Telur MakSu

28/2/2009

Last day of February 2009, the 28th we went for a day trip to Johor. We went to Ayer Hitam to look for Bunga Telur for MakSu's wedding. Ayah, Ibu and me had breakfast at the Pagoh R&R while waiting for Atuk, Wan, MakSu & Acik Shahrul. After re-grouped with Atuk's rombongan and MakLong's family, we shoot off to Ayer Hitam. First priority is to find MakSu's bunga telur. Lama juga memilih.













Ayer Hitam is famous for it porcelain products, artificial flowers and also fruits but I persuaded ibu for a Ben 10 pillow instead. Actually Ayer Hitam is very close to Ayah's kampung; but as now Nenek is staying with PakLong in Bangi and Acu was outstation, we didn't singgah at Nenek's house.


On the way back kami singgah at Sabak Awur, somewhere in Muar for a seafood treats

Official Opening

Nama saya Muhamad Amirul Amin, biasa orang panggil Amirul. Ini gambar saya tengah pakai notebook ibu. Sekarang saya baru darjah 2. Kecik lagi kan, tapi ayah ajar dan suruh buat blog ini untuk letak cerita dan gambar kami. Ayah suruh letak cerita dan gambar kami berjalan-jalan. Saya suka jalan-jalan. Lagi suka kalau ayah dan ibu bawa saya duduk hotel. Boleh mandi swimming pool. Tapi tak selalu la kami pergi hotel. Ayah dan ibu selalu sibuk, lagipun ayah kata duduk hotel tu mahal. Ye ke?

Hi, my name is Muhamad Amirul Amin and people usually call me Amirul. I’m in year 2 in this year of 2009. Thats the photo of me on my mum's notebook. My dad ask me to create and start writing in this blog, actually he is the one who helps me translating everything to English. Here I will put our traveling stories and photos of places that I’ve visited. I love to travel especially when dad and mum brought me to stay in hotels especially the ones with swimming pool. Unfortunately we didn’t travel as usual as I wish as both my parent were always busy, and I have school to cope with. And dad also told me that travel and staying in hotels cost much; is it?
Labels: 0 comments | edit post

Tiara Beach/Ilham Resort PD - 3

9/2/2009

8.00 Last day kat port dickson. Kami ke Ilham utk breakfast dengan keluarga lain. Sempat main-main kat pantai dengan fitri dan PakLong (he he padahal kita tak bawa baju spare tu). Main badminton sekejap then naik ke apartment. Ibu geleng kepala, tapi tak marah... bukan selalu. Kita mandi dan salin baju pinjam baju Hakim.










11.30 Kami ambik gambar sefamily sebelum check-out. Sekali lagi ambik gambar kat tangga Ilham tu sebelum balik. Semua orang balik kecuali keluarga kita dan keluarga PakLong. Ayah kata kita tak perlu tergesa-gesa balik. Biar la semua orang balik dulu. Kami terus ke Tiara semula.










12.30 Sebelum balik kami mandi lagi. Orang dewasa tak mandi, nanti penat nak drive balik kata ayah. Diorang bagi kami mandi lama-lama sampai kami sendiri nak balik... he he. Best sebab orang dah kurang. Oh sebelum tu kami sempat sewa basikal yang naik 2 orang tu bawak pusing-pusing. Lepas mandi MakLong sefamily pun balik. Tinggal kami bertiga je. Ibu dan ayah mengemas, kita pulak boring dah main sorang-sorang.










16.00 Dah keluar bilik tu kita ingat nak mandi lagi, tapi ayah kata dah lewat dan kita pun dah hitam. Sebagai ganti mandi tu ibu bawak kita main game dan nyanyi kat jamban tu lagi. Lepas tu kami bertolak dari tiara tu. Kami berhenti makan di simpang tiga dekat kem askar yang ada masjid tu sebelum meneruskan perjalanan, ni kira tea sambil makan malam la ni. Asyik makan makanan sihat je, kali ni kita minta maggi pula. Nasib baik ayah dan ibu bagi. Dah kenyang, kami jalan semula.... kita tak berapa ingat sangat sebab tak lama rasanya lepas tu kita tidur..... sedar-sedar ibu kejut utk ke sekolah esoknya.

Tiara Beach/Ilham Resort PD - 2

8/2/2009











9.00 Kita pergi jalan-jalan sekitar tiara dengan ayah. Ibu kata semua sepupu kita nak datang mandi-manda ke tiara, so kita tunggu diorang la dulu. Kita singgah kedai game yang ada kat tiara tu. Tiba-tiba ibu datang ke tempat game tu. Ibu kata semua orang dah datang dan dah turun mandi. Ooo... tak tunggu kita ye. Kita pun balik ke bilik, tukar baju dan ikut mandi sama. Ayah tak ikut mandi. Ayah kata nak pergi isi minyak kereta sambil beli suratkhabar. Tak kisahlah... Kita mandi sampai pukul sebelas agaknya, then naik ke bilik. Bilik ni ayah kata orang panggil studio. Dia macam bilik hotel biasa, cuma besar sikit. Ada living area yang boleh jadi tempat duduk melepak tengok tv.













12.30 Lepas kita dengan sepupu-sepupu kita mandi, Maklong, Paklong, Acik, Acik Farid dan Hasib balik ke Ilham. Sepupu yang lain tinggal dengan kita kat tiara. Ayah dan ibu bawak kitorang jalan-jalan semula kat sekitar kawasan tu sebab pagi tadi tak sempat nak jalan semua. Mula-mula kami semua pergi ke kedai game atau dinamakan oleh pihak resort tu Game Room. Ibu bagi beberapa keping token setiap orang, boleh pilih nak main apa. Dalam Game Room tu juga ada tempat karaoke. Ayah kata jamban karaoke he he. Kita pun try juga, so kita dan sepupu semua sekali dengan ibu dan ayah seramai 8 orang masuk nyanyi dalam jamban tu. Lepas nyanyi tu kita jalan ke reception area. Ada kedai cenderamata kat situ. Ayah belikan setiap sorang dari kami satu lolipop, tapi bukan yang besar sangat la. Ayah kata kalau besar sangat nanti tak habis, kalau habis pun nanti gigi-gigi kami pun ikut habis juga. Sekitar tiara ni selain game room tadi ada kedai cenderamata (tempat kami beli lolipop tu), ada sewa basikal, ada kids activity centre (dalam ni ada inflatable castle), ada tempat dart & ping-pong, ice-cream hub, sauna ikan, sauna, gym, wayang dan juga 2 restaurant. Kat luar tu pulak ada cafe, restaurant tomyam dan kedai runcit.










16.30 Yang lain lain kecuali Atuk dan Wan datang. Diorg mandi lagi kat Tiara ni. Ibu dan ayah pun mandi sama. Kitorang berendam sampai dekat senja. Lepas mandi diorang semua balik ke Ilham.

20.00 Kita, ibu dan ayah pergi ke Ilham pulak. Ibu hantar kita je lepas tu keluar balik dengan ayah. Kemudian ibu dan ayah datang semula bawak makanan. Ada padprik campur, telur bistik/beefsteak?, kerabu tauge, tomyam campur, sup daging, so its Dinner time! Tak lama lepas makan kami balik semula ke tiara, masing-masing dah mengantuk.

Tiara Beach/Ilham Resort PD - 1

Tarikh / Date: 7 Feb 2009 - 9 Feb 2009
Lokasi / Location: Tiara Beach Resort & Ilham Resort, Port Dickson

Hari/Day 1: 7/2/2009


8.00 Seperti biasa hari-hari minggu, ibu biarkan kita bangun lewat. Ayah dah keluar, ibu kata ayah pergi servis kereta. Kita main PS2 sambil ibu mengemas rumah

8.00 as usual on weekends, Ibu let me sleep until late. When I woke up, Ayah was already out to service our car. Hmm I heard that we’re going on a holiday today but Ayah is not around… hmm are going or not. After bath I spent my time with the PS2 while Ibu still doing her chores of laundry and tidying the whole house.










10.30 Ayah balik. Ibu buat breakfast favourite kita, macaroni & cheese. Ibu mula pack-pack baju, ayah suruh kita charge PSP untuk perjalanan nanti.

10.30 Ayah came home. We had a sumptuous breakfast of my favorite macaroni & cheese that Ibu prepared. After breakfast Ibu started to pack our belonging then ayah told me… “Pack your toys and charge you PSP for the journey. We’re going to PD.” Yahoo!










14.++ Bertolak ke pd. Baru jalan kita dahaga dan mintak ayah berhenti beli air. Ayah marah sebab sebelum bertolak tadi dia dah pesan suruh kita buat air bekal tapi kita tak buat. Tak best la air bekal ayah... Ayah ikut jalan Putrajaya lalu klia lalu cyberjaya lalu salak tinggi. Nak tiba salak tinggi ibu pulak lapar, ayah berhenti kat bandar baru salak tinggi. Kitorang berhenti makan kat gerai-gerai kat situ. Ada banyak gerai, yang tutup pun banyak juga. Mula-mula jumpa deretan gerai cina, lepas tu gerai-gerai india then last tu barulah gerai-gerai melayu, ibu kata muhibbah sungguh. Lepas makan kami sambung perjalanan semula menuju ke arah klia dan seterusnya port dickson. Kami lalu masjid KLIA, lalu Litar F1, lalu simpang enstek, lalu area estet kelapa sawit dan mana lagi entah, sebab kita lalu tidur je.

14.++ We depart for PD (Port Dickson). I asked to stop at a petrol station to buy some drinks but he declined. Actually, he already asked me to pack and bring my own favorite drinks for the journey which I did not do he he he... We took a route passing Mines resort City, UPM Serdang, Putrajaya, Cyberjaya and then Salak Tinggi towards the KLIA. Ibu asks ayah to stop for lunch as it is already 13.30pm. Ayah decided to stop at Bandar Baru Salak Tinggi for our meal. It was a food court near the ghostly bus station, but businesses were brisk. First we found a stretch of Chinese food stalls, then the Indian and lastly the Malays. After our so and so meal, we continue our journey. Ayah drove toward the KLIA mosque then turns left toward the LCCT and then another left towards Sepang. We went pass the F1 circuit, then some traditional village before a huge area of palm estate. We arrived at Lukut and later Port Dickson at around 16.00

16.++ Kami tiba di Port Dickson. Macam biasa, Atuk, Wan, Maklong & Family, Acik & Family serta Maksu & Acik Shahrol semua duduk kat Ilham Resort. Paklong memang selalu book Ilham Resort ni utk kami semua sebab dia kerja kat PNB. Ilham Resort ni PNB punya jadi Paklong dapat harga special kalau kami duduk kat sini. Tapi kali ni kita, ibu dan ayah tak duduk kat Ilham Resort tu. Kami duduk kat Tiara Beach Resort, kita panggil tempat ni hotel tiara. So kami terus ke Tiara dulu. Tiba-tiba je ayah dah ada kunci bilik, tak payah ambik kat kaunter pun. Ayah kata bilik yang kami duduk ni kawan ayah punya, tapi tak jumpa pulak kawan ayah tu.Entah la, kita pun tak faham la, yang penting kita dapat mandi swimming pool. Tu aje.

16.++ Arrived in Port Dickson. As usual, all family members from Ibu’s side will check in at Ilham Resort. PakLong works at PNB whose owns Ilham Resort. Therefore, he always gets a special discount here. The different this time is that we are not going to stay in Ilham as Ayah had already booked us a room in Tiara Beach Resort. Which later I will refer to it as Tiara. Upon arrival in PD, we checked-in at Tiara. Not actually check-in as normally we did at the reception, but we just went into the hotel building and get into the room to put our belongings. I do not know where Ayah got the keys from but he told me that the room belongs to his friend. I do not quite understand as we did not meet anybody downstairs but the view from the windows made me forgot all that… wah a huge swimming pool with slides, ice cream bar etc etc.










17.++ Ayah dan ibu letak barang je kat Tiara tu, terus ke Ilham. Sampai je sana kita terus berkubang kat swimming pool dengan sepupu-sepupu kita yang lagi 5 orang tu; Fitri, Iqmal, Azrai, Hakim & Hadi. Cuma Hasib je belum sampai sebab Acik pergi ambik Atuk kat Hospital dulu, Hakim dan Hadi Acik suruh ikut Mak Su, sebab tu dah sampai. Kita mandi sampai dah tak tahan sejuk, masa tu pool tu pun dah nak tutup. Kat pool tu ada pool bar. Ada jual ais-krim, abc/cendol, burger, popcorn dan makanan-makanan lain. Tapi kali ni kita tak beli apa-apa sebab tak lapar la pulak.

17.++ After putting our belongings, we straight went over to Ilham. Maklong’s family, Maksu and Acik Shahrol were already there. Maksu brought Along Hakim and Hadi as Acik and Acik Farid will be coming late. After changing clothes, the all of us 6 boys jump straight to the swimming pool. We bathe until late, until I shiver all over. It was almost the closing time for the pool when we went up, even the pool bar which usually serves snacks, ABC, cendol, ice-cream etc had already closed.

20.00 Lepas maghrib Acik, Acik Farid, Hasib, Atuk dan Wan pun sampai. Acik suruh budak-budak jangan kacau atuk sebab atuk sakit. Atuk baru beberapa hari lepas operation. Apartment yang PakLong sewa ni ada 2 tingkat. 2 bilik kat atas, 2 lagi kat bawah siap dengan meja makan family size, living hall dan kaunter dapur tempat memasak. Cuma dapur je takde. Ada balkoni untuk tengok-tengok luar. Astro pun ada cuma sayangnya takde channel cartoon, tapi lain kali kita nak bawak vcd kita sendiri sebab kat sini siap ada hi-fi yang boleh main vcd.

20.00 Right after Maghrib Acik, Acik Farid, Hasib, Atuk and Wan arrived. Acik told us kids not to disturb Atuk as he is not well yet from an operation a few days back. About the apartment they’re staying on: It is a double storey apartment lot with 2 rooms upstairs and downstairs. Complete with family size dining table, a minibar and kitchen cabinet. The living area is completed with TV, Astro, VCD player and even a hi-fi unit. The only setback is that it doesn’t have cartoon channel on its Astro. Anyway we kids brought along our games and PSPs for the holiday, sigh.










20.30 Semua pakcik-pakcik termasuk ayah dah turun utk bbq. Budak-budak dan ibu-ibu turun lambat sikit. Bila kita turun makanan dah siap. Paklong kita order package bbq dimana pihak resort sediakan nasi goreng, mee goreng mamak, buah-buahan, air juice dan juga ais kosong. Diorang juga sediakan aarang untuk bbq tu, siap pasang api lagi. Acik Farid dan Pak Long pulak bawak benda-benda yang nak di panggang. Ada ayam, daging, daging kambing, chicken wing, hot dog dan kentang. Ayah tak bawak apa-apa, tolong bakar je. Kita tak berapa sangat nak makan, tadi lepas swimming dah makan kat bilik hotel. Kita nak main je... main dan main yahooo... bukan senang nak lepas main malam-malam ni kat luar. Kita main badminton, main bola dan main pasir... err sebelum kena marah la. Dah kena marah, ibu panggil makan, kita pun makan la sikit. Lepas tu main balik!!

20.30 All uncles including ayah went down to prepare for our barbeque session. Mums including Ibu, Wan, Atuk and the kids will have to wait until everything ready. He he the mums doesn’t trusts the dads to watch over us the kids. When we arrived at the gazebo, foods we already served. The men are still cooking some other food on the grill. We have bbq chicken, lamb, beef, hot dogs and potatoes. These we bought/prepared by Acik Farid. The resort prepared us some fried rice, mamak fried noodles, fruits and drinks. They even prepare the charcoal and fire. I and my cousins were more interested to play. We already have had our meal after swimming, so nobody cares so much of the dinner. We played badminton, rugby and soccer on the sand. We even tried to build sandcastles before scolded buy one of the mums.










22.30 Atuk suruh semua orang balik ke bilik. Atuk kata dah malam, tak elok budak-budak main kat luar. Semua orang pun berkemas balik ke bilik/apartment. Ibu, Ayah dan semua makcik/pakcik sembang-sembang kat dapur. Kita main lagi dalam apartment tu sambil tengok tv. Pukul 1 lebih kita, ibu dan ayah bertolak balik ke Tiara. Kita tak tau pukul berapa tiba tiara, mungkin tak lama kut sebab dekat je. Tapi kita dah tidur dulu sebelum tiba tiara tu.

22.30 We start to pack up things and went back to the apartment. The adult chats until late as we kids drift one by one asleep. We went back to Tiara at after 01:00 am.