Sri Nikat - Sungai Lui

23 Disember 2010


















Balik dari tadika hari ni ayah ajak kita & ibu pergi dinner ke Sungai Lui. Rupanya ayah pun tak pernah pergi tempat tu dan cuma tau dari blog orang di internet. Dengan tiada peta, gps atau panduan kami pergi cari tempat tu. Ayah pulak tengok blog tu dalam 5 hari ke seminggu yang lepas, ingat-ingat lupa je panduan orang tu. Akhirnya selepas sekali u-turn dan 2 kali berhenti sebab ayah ragu-ragu, akhirnya kami jumpa tempat tu. Kita dah takut dah, jalan kat tempat tu memang gelap dan agak sunyi walaupun ada rumah dikiri-kanan jalan. Kita bagitau ayah nasib baik jumpa, kita dah berdebar-debar dah jalan dalam gelap tu.













Tempat tu best la juga. Makan dalam pondok atas air kolam. Menu agak terhad. Ada ikan air tawar je, itupun 2-3 jenis je. Sayur pun 2-3 jenis serta masakan telur & ayam yang juga terhad menunya. Kami order Talapia Bakar, Talapia Sweet Sour, Sayur Kailan Ikan Masin, Telur Dadar, Nasi Putih dan minuman. Sekejap je order sampai mungkin sebab takde orang. Nampak sedap masakan dia. Bila makan.... memang sedap! Kita plan nak ajak Ibu & Ayah datang lagi. Ayah kata ok sebab harganya murah, cuma jauh la sikit nak ke sini.
Labels: 0 comments | edit post

Siti di Alam Fantasi

23 Disember 2010














































video

Agrotek Resort - Fitri & Iqmal's The Return

14 Disember 2010



















Hari ni Fitri & Iqmal jadi escort untuk MakSu. MakSu dah boring duduk rumah, PakSu pula balik Langkawi. So MakSu datang ke tadika ibu dengan ditemani oleh Iqmal & Fitri. Tengahari tu kami mandi-manda di Agrotek pulak.

Labels: 0 comments | edit post

Agrotek Resort - Ajai's Turn

12 Disember 2010


Fitri sudah, Iqmal pun sudah, kali ini kita bawa adik bongsu Fitri & Iqmal, Ajai pula ke Agrotek untuk mandi manda & makan malam. Ini first time Ajai tidur rumah kita. Sebelum tu kami sekeluarga pergi ke kenduri kahwin sepupu ibu di kampung. Selepas kenduri tu Ajai terus ikut kita balik ke rumah.

video

Sorry video tak berapa clear, ayah kata sebab nak kecilkan size dia maka jadi tak clear.

video
Labels: 1 comments | edit post

COZZI Hotel - Port Dickson

10 Disember 2010





Esok ada jemputan kenduri wedding sepupu ibu di Kampung, so kami sekeluarga bertolak awal sehari dan bermalam di Port Dickson. Kira nak bercuti dan berehat. Ayah kata kali ni takde budget, jadi kami akan bermalam di budget hotel sahaja. Camana tu takde budget tapi bermalam di budget hotel?




Nama hotel ni Cozzi Hotel. Oklah untuk bemalam. Breakfast takde, malahan restoran pun hotel ni takde. Nasib baik keliling hotel ni banyak gerai sebab memang hotel ni dekat dengan tempat orang ramai Pantai Teluk Kemang. Atuk, Wan, Maksu & Paksu serta Fitri & Iqmal pun join kami sekeluarga tetapi mereka sampai lewat sikit.




Yang canggihnya kat hotel ni ada slide yang tingginya hampir sama bangunan 3 tingkat. Tapi sayangnya bebudak hensem bawah 12 tahun macam kita ni tak dibenarkan naik. So Iqmal & Fitri je yang naik. Tengok ye aksi dibawah ni! (no audio)
video
Labels: 0 comments | edit post

Movie With Ibu @ Sunway Piramid

30 November 2010

Sama macam semalam. Ayah pergi kerja, kitadan Ibu pergi berjalan-jalan sebab kita & Ibu tengah cuti sekolah. Ayah tak boleh cuti sekolah he he he...

Waterworld Shah Alam - Repeat

29 November 2010

Ajak Ibu ke Waterworld Shah Alam sementara Ayah kerja di office. Kita bawa Zulharis bersama sebab mesti Ibu taknak mandi. Tak seronok mandi sorang-sorang.

Labels: 0 comments | edit post

Aidilfitri 2010

9 - 13 September 2010

Malam Raya 9 Sept
Malam ni biasanya kita dah tidur rumah Wan. Memang sejak dulu bila turn raya rumah Atuk/Wan, kita dan ibu akan tidur sini. Ayah pun akan datang sini, cuma selalunya Ayah akan balik selepas orang datang bertakbir di rumah Atuk ni. Lepas maghrib kita biasanya dengan aktiviti rutin malam raya iaitu bermain bungapi dengan sepupu-sepupu yang ada sementara tunggu orang datang bertakbir

video

video

Raya pertama malam raya kedua 10 Sept 2010
Memang tradisi malam ini kami akan berkumpul di kampung Atuk. Tempat berkumpul biasanya di rumah moyang kita atau di rumah adik beradik atuk. Tahun ni majlis dibuat di rumah unyang kita.

video

Raya ke 2, 11 Sept 2010
Esoknya kami bertolak ke rumah Acu. Kami tidur malam tu di rumah Acu dan esoknya mula beraya di rumah saudara-mara sebelah Ayah di Johor. Banyak rumah kami beraya, kami sempat juga ke rumah satu nenek di Johor Bahru. Nak ke sana tu siap kami semua beserta keluarga Pak Long tidur hotel; kira beraya sambil bercuti la ni.

Rumah Nek Su, adik arwah nenek. Kita suka datang sini. Ayah kata dulu masa kecik ayah selalu tidur rumah ni sebab dulu ini rumah atuk & nenek ayah.

video

Kami duduk kat hotel ni. Ayah kata mahal hotel ni

video

video

Sate di Lorong Sate
Dekat dengan rumah Acu ada satu gerai yang menu utamanya ialah Sate. Kita memang tak suka sate, tapi kat kedai ni kita boleh la makan 2 - 3 cucuk. Ayah pun hairan. Gerai ni terletak di Lorong Sate, Parit Raja, Batu Pahat. Tengok video dibawah ye.

video

Kamera Ayah II

Update

Sekarang ayah pakai kamera Samsung L201. Mula-mula ayah kata kamera ni untuk kita tapi sebab dah kamera besar ayah dah dijual & yang satu lagi dah letak kat tadika. Maka kamera ini lah yang kami guna bila berjalan-jalan.








Selain itu, ayah beli kamera video baru Sony DCR-SX44E sempena nak Raya ni. Ayah kata ni kamera main-main untuk belajar video. Lagipun ayah kata senang bila berjalan, boleh bawa dua-dua digicam & videocam yang kecik & ringan.
Labels: 0 comments | edit post

Kuala Terengganu & Kuantan

15-17 July 2010