Shahzan Inn, Kuantan

2 Nov 2009
Ini sebenarnya trip ayah pergi outstation. Oleh sebab ayah pergi sorang-sorang, kita dan ibu pun ikutlah sama. Kami bertolak subuh-subuh lagi. Tiba di Kuantan, terus check-in. Ayah tinggalkan kami di hotel dan terus pergi buat kerja dia. Kita dan ibu ronda-ronda bandar Kuantan. Malangnya kita terlupa bawak swimsuit, try cari kat kedai semuanya mahal-mahal belaka. Last-last kita terjun swimming pool pakai track je. Petang dan malam tu kami bersantai dan dinner di Pantai Teluk Cempedak. Esoknya pagi-pagi lepas breakfast kami dah bertolak balik sebab kita ada ujian bulanan petang tu he he.

*Updated On 31 May 2010