Gambar Dari Handphone Ayah

29 April 2010

Ni gambar-gambar yang boleh dikatakan menarik dari handphone ayah. Maaflah kualiti kurang baik, maklumlah handphone tak hebat.

Gambar ni di ambil di Ilham Resort pada 18 Oktober 2009. Yang menariknya kalau diperhatikan betul-betul, lantai tu nampak berkilat habis. Bayang lampu tu pun nampak terang kan? Sebenarnya masa ni unit apartment yang kami tinggal tu dilanda banjir sebab masalah saluran air di balcony. Bayangkan banjir di tingkat 2.


Yang ini pula di Carrefour dekat rumah kita dan diambil pada 21 November 2009. Yang kelakarnya kat poster tu tulis harga asal RM59.90 tapi harga promosinya RM99.00. Ni promosi untuk pengunjung ke peniaga ni?

Next is gambar kita kat kolam pancing Sri Bayu dekat jalan Hulu Langat-Semenyih pada 3 Januari 2010. Tak lama lepas ambik gambar ni, pancing tu tumbang ditarik ikan. Nasib baik tak terus masuk kolam. Hasilnya ikan rohu 1.2kg. Sebab syok dapat ikan, lupa nak ambik gambar ikan tu. Ada gambar kita dengan pancing je.

Gambar di sebelah adalah masa kita makan-makan seafood dekat Sabak Awur, Muar dengan ibu, ayah dan Acu. Acu yang belanja sebab Acu banyak duit. Ayah kata tengah-tengah bulan ni duit ayah dah kurang. 13 March 2010



Ni pulak gambar kita mandi-manda kat Agrotek Garden Resort, Hulu Langat. Tak menginap pun, datang mandi-mandi dan makan je. Kali ni kita mandi-mandi dengan Zulharis jiran kita. Kat sebelah tu ada satu takungan sungai yang dalam, tapi sebab Haris tak berapa berani mandi kat situ maka kami mandi kat tempat cetek ni je. Malam tu semasa makan, hujan turun lebat sangat. Empangan tu dibuka dan takungan yang dalam tu jadi sama macam tempat cetek ni. 19 April 2010

10 April 2010 Smartkids Fair 2010, PWTC. Kita masuk bengkel face painting dengan Ajai, Iqmal & Fitri. Hasilnya, nampak tak rupa kuda kat pipi kita ni. Kalau tak kuda pun macam kambing ke keldai ke... ada tak?
Labels: 0 comments | edit post

Agrotek - Mandi-manda & Makan-makan

19 April 2010

Kali ni kami sekeluarga pergi lagi ke Agrotek. Kali ini tak menginap, cuma datang untuk mandi sungai dan makan-makan je. Sebagai teman, ayah benarkan kita ajak Zulharis sebelah rumah untuk ikut sama. Kat sebelah tu ada satu takungan sungai yang dalam, tapi sebab Haris tak berapa berani mandi kat situ maka kami mandi kat tempat cetek ni je. Malam tu semasa makan, hujan turun lebat sangat. Empangan tu dibuka dan takungan yang dalam tu jadi sama macam tempat cetek ni.






















*Updated On 31 May 2010
Labels: 0 comments | edit post

Pangkor Village Beach Resort, Pangkor Island

2 - 4 April 2010



Trip ini kami sekeluarga pergi bersama-sama teachers dari centre ibu. Ada Teacher Shan, Teacher Vithya, Teacher Yuni & Teacher Liza. Untuk entry ini kita malas nak tulis panjang-panjang sebab nanti tak siap. Ayah kata letak gambar sahaja. Bukan apa, banyak entry lain sepanjang tahun ni belum masuk lagi, nanti penat nak mengarang. Oklah. Perjalanan pergi 4 jam 30 minit dari Puduraya ke Jeti Lumut. Bas berhenti makan di Bidor (Kedai Mamak Kari Kepala Ikan). Stop dibeberapa stesen bas seperti Teluk Intan dan Manjung. Ada juga penumpang yang turun tepi jalan aje. Kemudian kami makan di Lumut dan naik feri ke Pulau Pangkor.













Kami ke resort naik teksi van yang berwarna pink. Lepas check in kami pergi pusing-pusing pulau tu naik teksi pink lagi. Kami di bawa ke Kubu Belanda, Pantai Teluk Nipah, Mini Great Wall of China, Kilang Sate Ikan dan beberapa tempat lagi. Balik pusing-pusing tu, acara mandi laut pulak then malam tu BBQ.


















































Second day kami pergi island hopping. Dapat tengok batu penyu, batu buaya, batu tapak kaki dan lepak mandi manda di Pulau Giam. Tengahari tu pergi lunch di Pantai Teluk Nipah pun naik speedboat. Lepas makan dan shopping di situ, speedboat hantar kami ke resort. Petang tu kita, ibu, Teacher Shan & Teacher Yuni naik basikal pusing-pusing pantai berhampiran. Lewat petang tu, ibu dan teachers pergi shopping kat pekan Pangkor; kita dan ayah sambung berendam kat pantai depan chalet. Malam tu plan nak bbq lagi, tapi hujan. Masalah nak makan... tapi akhirnya errk... alhamdulillah.















Hari ketiga, tak dapat pergi jauh sebab nak balik dah. Kami mandi-manda di pantai depan chalet sahaja. Ibu sewa canoe dan naik berdua dengan kita. Pukul 12 kami check-out, naik lagi teksi pink ke jeti. Masa naik feri ke Lumut, kami dapat naik feri double-decker yang ada open space di dek atas. So kami semua pakat nak duduk situ je, best. Perjalanan balik lagi lama, 5 jam. Ada satu masa tu seat Teacher Yuni & Teacher Liza sama dengan tiket orang lain. Tapi semuanya dapat diselesaikan dan kami selamat sampai semula di KL dalam pukul 10. Kami turun di Hentian Duta & ambil teksi balik ke rumah.