Subadron Football Academy Liga Premier / Super Remaja 2013 - (U12 Premier) Part 2

6 Julai 2013 *edited

Kami bertolak kembali dari rumah ke Glenmarie dalam pukul 7 malam. Sebelum memasuki NPE azan maghrib telahpun berkumandang menyebabkan kami berhenti di Petronas berhampiran. Berbekalkan sedikit minuman dan gula-gula, kami meneruskan perjalanan. Tiba di Proton Casting, Glenmarie kira-kira jam lapan. Suasana masih tertumpu di padang U8 & U10.

Amirul tak dapat main game terakhir MFA pukul 8:00 malam ni akibat injury. Jadi kami datang malam ni hanya untuk tengok dia ambik medal. Game ni MFA melawan Tunas 9, team Iqbal bekas pemain MFA masa 1MCC tempohari. Diringkaskan, MFA menang 2-0 dan sah bergelar juara U12 Liga Permier SFA. Dengar khabar MFA juga menjadi juara U8 Liga Premier MFA setelah menang ketiga-tiga perlawanan. Apa pun kami belum dapat medal lagi. Ada 2 game lagi iaitu perlawanan persahabatan U16 MBJ United melawan AJFC serta U50 diantara team Veteran Subadron dan Pegawai/Jurulatih akademi lainnya. Last tu nanti baru upacara penyampaian hadiah.
















Ni pulak gambar-gambar keriangan disamping kelaparan, kepenatan dan mengantuk. Gambar-gambar ni diambil diantara pukul 12:18 pagi hingga 12:31 pagi. Selepas snap gambar-gambar ni kami dapati 2 orang player MFA dah tertidur dalam khemah kemudian 2 lagi kelaparan sampai makan nasi yang disediakan tengahari tadi. Amirul pun lapar. Kami ubah route balik, jalan jauh sikit masuk NKVE ikut tol Subang, singgah di Petronas NKVE utk sandwich dan donuts.










Apa pun, kami mengucapkan tahniah dan terima kasih pada Subadron Football Academy, Subadron Aziz, ahli jawatankuasa penganjur, penaja seperti proton, gt radial dll serta semua yang terlibat menjayakan acara ini.
    
Labels: , 0 comments | edit post

Subadron Football Academy Liga Premier / Super Remaja 2013 - (U12 Premier) Part 1

6 Julai 2013 *edited

Kali ini Amirul berpeluang sekali lagi bermain untuk MFA bila Coach Amer called dalam 2 minggu lepas. Jadinya minggu lepas mereka ada sesi latihan pada hari Sabtu & Ahad dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Nasib baik kelas tambahan Amirul Sabtu tu dibatalkan. Kali ini mereka akan bermain dalam Subadron Football Academy Liga Remaja 2013. Mahkota hantar 6 team kalau tak silap iaitu Bawah 12 tahun Premier & Super, Bawah 10 tahun Premier & Super serta Bawah 8 tahun Premier & Super.

Amirul dalam team U12 Premier MFA yang dianggotai keseluruhannya oleh pemain liga 1MCC tempohari. Team U12 Super pula kebanyakkannya dianggotai oleh pemain baru serta beberapa pemain liga 1MCC yang masih berusia 11 dan 10 tahun.


Kalau ikut kata NST pasal kejohanan ni: "The leagues are two divisions of players in accordance with their classification at their respective football academies. Teams participating in the Premier League consist of elite players, whereas teams in the Super League consist of recreational players in the academy". Kiro anak Se ni dalam team elit lah. Banggo Se!
(http://www.nst.com.my/streets/central/new-tourney-for-youngsters-1.313715)

Kami keluar rumah dalam pukul 8 pagi, ding-dong ding-dong cari makanan / sarapan Amirul; pukul 8:30 baru kami bertolak. Yakin yang trafik lancar, kami ikut NPE. Lebih kurang 9:05 ke 9:10 pagi kami dah tiba di padang Proton Casting, Glenmarie. Terdiam kejap, dulu masa kerja kat Sect 13, biasanya makan masa sejam baru nak sampai office. Ni 30 minit je, padahal dulu tu tak jam mana pun dan ikut laluan yang sama. Kesimpulannya: Nampak sangat dulu tu malas nak pergi kerja.
Khemah yang dikongsi dengan barisan Ref & Linesman serta Tunas 9
Padang masih lengang walaupun dah nampak ramai juga petugas yang ada. Beberapa team dah sampai. Khemah tetamu pun dah siap bersusun dengan kerusi. Subadron pun dah kelihatan. Nampaknya kami orang MFA pertama sampai, atau mungkin dah ada yang sampai tapi pergi breakfast dulu. Stall makanan pun dah buka, so kami decided untuk duduk sini je. Lagipun parking spot cun, malas nak keluar dah. Kami menunggu sambil breakfast secara ala kadar je.

Tak lama selepas tu, 2 orang lagi player MFA & family (Aiman & Tajul) pun sampai. Memang menjadi kebiasaan kami utk sampai sejam setengah sebelum game. Ye lah, mana nak bersiap, mana nak warm-up, mana coach nak susun strategi lagi. First game start pukul 10:30. Rasanya kalau pukul 10:30 ni bukan setakat vitamin D yang ada kat pancaran matahari, ni siap ada vitamin H sekali ni, H-angus! 


Perlawanan pertama Mahkota U12 Premier adalah menentang Ampang Jaya FC. Mahkota agak yakin sebab AJFC ni pernah mereka tewaskan dalam 1MCC haritu. Walaupun pada awalnya ada seorang dua players yang kata suspense dan risau sebab dah lama tak bermain, namun ketika march-in, team U12 Premier Legue Mahkota nampak begitu berkeyakinan sekali. Team ini dah serasi rasanya, gerakan mereka mantap; kerjasama sangat baik; masing-masing dah tahu tindakan dan tindakbalas satu sama lain. Rasanya kalau dapat dikekalkan ke tahun mendatang, MFA akan ada satu team U14 yang baik.


Sepakmula pukul 11. Alahai... rentung le kulit.





MFA mengungguli separuh masa pertama dan dengan garang medahului AJFC 2-0. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Luqman yang orang selalu kata kembar Amirul. Gol pertama melalui cross dari kiri penjaga gol, terbias beberapa kali di badan pertahanan AJFC dan terus gol. Sementara gol kedua adalah tindakan susulan dari bola yang terbounce, Luqman yang berada di posisi yang perfect membuat penyudah dengan first-timer yang cantik.




Separuh masa kedua AJFC meningkatkan serangan ke gol MFA dan akhirnya mereka berjaya menjaringkan satu gol. Mahkota FA bertahan dan sesekali membuat counter attack. Akhirnya Amri, Kapten MFA berjaya melambung dan menyilang kan bola dari kiri pintu gol dan bola melencong cantik menerjah pintu gol. Kedudukan 3-1. Dengan gol tersebut AJFC nampaknya kehilangan semangat dan kedudukan kekal hingga akhir perlawanan.






Tak lama lepas game pertama tu makanan pemain yang disediakan oleh penganjur pun sampai. Fuh! Makan KFC ni. Ada ayam seketul dan sebiji burger. Minuman pula air milo berkotak-kotak. Memang antara satu penganjuran sukan yang agak mewah.


The next game pukul 2:00 lebih. Ada ample time untuk berehat dan bagi makanan turun.


Game kedua menentang MBJ United. MBJ United ni team tuan rumah sebab ianya juga dibawah kelolaan Subadron. MBJ United juga bermain dalam liga 1MCC tempohari tetapi dalam Division 1. Sebagai parents, terdetik juga boleh ke budak-budak ni menang dengan pasukan Division 1. Namun kejituan persefahaman mereka dan tahap keyakinan yang tinggi mejadikan mereka tidak gentar walau siapa pun dihadapan. Apatah lagi bila mendengar pemain MBJ memanggil kawan sepasukan dengan "Nombor 18". Gol pertama dijaringkan oleh Azri Dukun kalau tak silap.

Tak lama lepas tu Amirul pulak injured. Bola on air, Amirul nak buat clearance. Tiba-tiba datang pemain MBJ menguis bola yang on-air tadi. Kaki pemain tu berada ditempat bola tadi dan Tum! amirul menyepak kaki pemain tersebut tepat di tumitnya. Amirul injured dan dikeluarkan, nasib baik Nazim dah sampai. Permainan diteruskan rancak dan dapat dikawal baik oleh Mahkota. Keputusan berakhir dengan 1-0.


Memandangkan game berikutnya akan berlangsung 6 jam lagi. Kami pulang ke rumah dahulu. Rehat lah sekejap, selesa dapat sembahyang dan baring dirumah walaupun sekejap. Amirul tinggal di Glenmarie bersama team Mahkota.
Labels: , 0 comments | edit post