Kamera Ayah

Dulu & Kini

Saja je kita nak senaraikan kamera-kamera yang digunakan untuk ambik gambar-gambar dalam blog ini. Selain itu ada juga kamera-kamera yang ayah kita pernah ada tapi sekarang dah tak ada. Gambar-gambar kamera ini bukanlah gambar sebenar kamera ayah tapi modelnya saja yang sama. Ayah tolong cari gambar-gambar ni kat internet.











Yashica FX70
Ini kamera pertama ayah. Ayah kata dia beli kamera ni masa umur 14 atau 15 tahun di Singapore. Kamera ni pakai filem, bukannya digital.


















Yashica 107
Yang ini pula ayah beli masa umur 16 ke 17 tahun. Ayah kata dia pun dah lupa beli kat mana. Ayah ceita masa ni ayah aktif ambik gambar orang kawin. Maklumlah masa tu tak ramai orang ada kamera kut.

Ayah bagitau kedua-dua kamera diatas tu dah arwah dah. Bukan rosak ke mati ke, tapi hilang. Ayah kata banyak yang hilang masa tu. Kamera 2 biji, lensa 4 biji dan beberapa aksesori lagi. Peliknya ayah pun tak ingat siapa atau macamana dia boleh hilang. Selepas kehilangan kedua-dua kamera tu ayah stop main kamera. Ayah kata dah takde modal dah.










Ricoh RZ-735
Kamera Ricoh ni ayah beli bila dah kahwin dengan ibu. Ayah dan Ibu cerita mereka selalu berjalan & melancong masa baru-bau kahwin. Ooo.. taknak tunggu kita ye! So bila banyak berjalan, takkan nak pinjam kamera orang pulak. Kena la beli sendiri kan. Kamera ini ada lagi, tak tau la rosak ke elok lagi. Ada lagi tersimpan dalam gobok mekap ibu, dah bertahun tak pakai.

























Che-ez Splash!
Ni kamera digital pertama ayah. Ayah kata masa tu orang sibuk main kamera lomo. Tak tau la apa lomo tu, ayah ada explain tapi tak faham. Kata ayah, kamera ni macam mainan je, tapi sesuai la nak buat lomo tu. Kamera ayah sama macam model tu tapi warna silver bukan biru. Kamera ni ada lagi, tapi seingat kita ada masalah dengan baterinya. Taktau mana ayah simpan kamera ni, tak mustahil juga dah termasuk dalam tong mainan kita yang banyak tu.






















Sony DSC-H1
Ini kira proper digital kamera yang ayah beli. Dibeli pada tahun 2006. Masa ni kita dah berumur tahun, dan dibeli sehari sebelum kami sekeluarga pergi ke Pulau Langkawi. Start dari kamera ni ayah mula rajin ambil gambar semula. Masa ni ayah nak beli kamera macam yang hilang tu tapi digital la. Last-last tak jadi sebab ayah kata nantilah dulu sebab banyak keperluan lain. Esoknya kita buat pertama kali merasa naik kapalterbang ke Langkawi. Best, siap nangis lagi dalam flight tu! Kamera tu sekarang masih elok digunakan. Sekarang ianya menjadi kamera rasmi tadika ibu untuk amik gambar acara-acara yang berlangsung di tadika.





















Canon EOS 350d
Lepas tu ayah pakai kamera Canon EOS 350d pulak. Ini pulak kamera slr digital pertama ayah. Ayah pakai kejap aje kamera ni dalam beberapa bulan sebelum di trade-in dengan kamera lain pulak




















Nikon D60
Last tu ayah pakai pulak Nikon D60. Banyak juga gambar dalam blog ni hasil dari kamera ni. Kamera ni pun ayah dah jual. Kita tunggu ayah nak beli kamera apa pulak ye..

Labels: 0 comments | edit post