Langkawi - Wedding MakSu Part 3

12/6/2009

Turun dari cable car, kita ajak ayah pergi ke Underwater World. Berbelah bagi ada yang nak pergi dan ada yang taknak pergi lagipun tiket dia agak mahal. Akhirnya semua menuju ke Underwater World walaupun tak pasti lagi nak masuk ke tidak. Sampai saja di sana, PakSu came to the rescue, dengan gunakan kad pengenalan PakSu saja semua orang dapat beli tiket dengan harga murah.


















Habis di UnderWater World, maka bermulalah acara shopping untuk orang dewasa. Malam itu kami makan direstoran siam beramai-ramai. Esoknya pagi-pagi MakLong sekeluarga bertolak balik. Kita hantar MakLong ke airport dan bersarapan di sana. Selepas MakLong bertolak, kami ke Tanjung Rhu untuk bersiar-siar dan mandi laut. Petangnya kami bertolak balik bersama-sama MakSu, PakSu, Wan dan Atuk. Keluarga PakSu mengiring kami di airport.

Langkawi - Wedding MakSu Part 2

12/6/2009


Hari pertama dan kedua adalah untuk perjalanan dan majlis perkahwinan MakSu. Hari ke tiga kami mula ronda-ronda sekitar Langkawi. First kami pergi ke Kota Mahsuri. Rasanya tak payah lah kita cerita pasal Mahsuri ni ye. Tapi kalau ada yang tak tau pasal Mahsuri ni bolehlah klik kat url ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahsuri. Lupa nak bagitau, masa ni keluarga Acik dah balik. Tinggal keluarga kami, Atuk dan Wan serta keluarga MakLong. MakSu masih dirumah keluarga PakSu. Biar lah dia kat situ, dia boleh jalan-jalan lain kali. Lama kami di Kota Mahsuri ni, ada macam-macam nak tengok. Ada rumah Mahsuri, makam Mahsuri, perigi Mahsuri, ada rumah-rumah lama ada show muzikal, teater, pameran geologi, rumah burung dan macam-macam lagilah. Kita beli pistol kayu kat sini, Fitri dan Iqmal pun sama.










Selesai di Kota Mahsuri kami berpakat untuk ke Langkawi Cable Car. Dalam perjalanan, kami singgah makan tengahari di Kuala Teriang. Kedai makan tepi jalan je tai ada ikan dan ayam bakar, best tapi takde gambar. Kami juga singgah sembahyang Jumaat di sini. Seterusnya singgah di Petronas Quay, Telaga Harbour Marina untuk isi minyak dan ambik gambar sebelum meneruskan perjalanan ke stesen kereta kabel.










Tiba di cable car, ayah beli tiket. Atuk, Wan dan MakLong taknak naik. MakSu dan PakSu dalam perjalanan ke situ juga tapi kami dah tak sabar nak naik, taknak tunggu MakSu. Bila naik, semua orang serun. Kita dengan Ajai je yang macam tak takut. Iqmal yang paling hero diantara sepupu pun takut he he. Iqmal naik kereta kabel dengan kita sebab kita ada ayah dan ibu. PakLong pulak dah bawak Fitri & Ajai dalam kereta kabel satu lagi.


















Dalam perjalanan peringkat pertama, ayah tunjukkan kita muka Mat Chincang yang mana gunung disitu dinamakan sempena namanya. Kat gunung-gunung tu ada terbentuk muka orang yang dikatakan Mat Chincang ni. Kita ada ambik gambar muka Mat Chincang, tengok ye. Kami turun diperingkat pertama untuk ambil gambar dan menikmati udara nyaman yang sejuk. Perjalanan diteruskan ke peringkat kedua hingga dipuncak. Sampai puncak ada skybridge untuk kita berjalan-jalan. Semua yang naik atas pergi ke skybridge ini kecuali ayah. Tak tau la penat ke gayat? Dah habis jalan-jalan tu ayah ajak turun cepat sebab cuaca macam nak hujan, angin pun kuat. Sementara kami di skybridge tu ayah kata dah dua ke tiga kali cable car dihentikan sekejap sebab angin kuat.



Langkawi - Wedding MakSu Part 1

10/6/2009

Ini kali kedua kita ke Pulau Langkawi, dulu kali pertama masa berusia 5 tahun ibu dan ayah pernah bawa kita melancong ke sana. Bezanya kali ini selain berjalan-jalan, kami pergi untuk majlis perkahwinan MakSu dan PakSu sebab PakSu kita orang Langkawi. Pagi-pagi atuk dan wan dah sampai. Atuk cakap, limo yang ayah telefon tu dah sampai. Ayah kata biarkanlah dulu, siapa suruh dia datang awal. Kami bertolak ke LCCT lebih kurang pukul 8.45 pagi.

Tiba di LCCT ayah ajak breakfast dulu. Kami makan di medan selera / kafeteria di bangunan di hujung tempat perhentian bas. Ayah kata kat situ lagi murah berbanding dalam LCCT tu.


















Tiba di Langkawi, kami tunggu kawan ibu sebentar. Ibu sewa kereta kawan dia kat Langkawi ni, murah sikit la rasanya. Selepas ambil kereta, MakSu & PakSu pun tiba. Kami terus ke Jeti Kuah untuk menyambut keluarga Acik dan jiran-jiran Atuk yang lainnya. Mereka memandu dari Selayang ke Jeti Kuala Kedah dan seterusnya naik feri ke Pulau Langkawi.










Malam tu rombongan kami menginap di rumah tetamu MRSM Langkawi. Atuk sewa 4 rumah rasanya. Selepas maghrib kami bertolak ke rumah keluarga PakSu atas jemputan makan malam. Ramai orang dirumah PakSu, macam dah mula kenduri. Ada orang main muzik tradisional semua, tapi sayangnya malam tu ayah tak bawak kamera.

Esoknya waktu tengahari kami ke rumah keluarga PakSu lagi untuk majlis kenduri. Tengok la gambar MakSu jadi pengantin ni. Selain dari majlis ni, kami pergi la juga shopping sikit terutamanya coklat.