Lunch & Jalan-jalan @ Putrajaya

25 Jun 2011
Sepatutnya kita ikut family Mak Long bercuti di Tambun weekend ni, tapi entah kenapa tak jadi pulak. Ibu takut rindu kat kita la tu..

Tu yang mencangkuk tu tiang Espetada Rustica tu

Sebagai gantinya kami sekeluarga pergi makan tengahari di SOUK Putrajaya. Tengahari tu makan Nandos di Souk tu la. Kita order Espetada Rustica yum yum. Sebenarnya minggu lepas kami dah datang kesini (Nandos @ Putrajaya) dengan MakSu sekeluarga.

Gambar last week

Kedatangan kita minggu ni pulak, khusus untuk main tricycle, tapi bukan yang budak kecik punya tu tau.

Bukan yang ni...
Tapi yang ini!!


Malangnya, kaunter buka lewat. Kena la tunggu. Akhirnya dapatlah main


Nasib baik abang yang jaga kaunter tu bagi kita main lama. Berbaloi tunggu. Lepas main, ibu bagitau Acik sekeluarga pun nak datang ke situ juga. Tak lama mereka pun sampai dan kita dapat main seround lagi tricycle tu. Kali ni dengan Hakim & Hadi pulak. Bayaran naik tricycle ni RM10 untuk 20 minit ye.
Labels: 0 comments | edit post

Wet World Air Paneh Podeh

9 Jun 2011
Dulu masa pergi kenduri dekat kampung ibu, ayah dah janji nak bawa kita dan Ajai ke Wetword Air Panas Pedas ni. Tapi Ajai tak dapat ikut kali ini, sebagai ganti dan sebab kita takde kawan, ibu bagi kita ajak Haris jiran kita ikut sama.

Kami sekeluarga dan Haris singgah brunch dulu di Hussein Onn dan bertolak dalam pukul 12 tengahari. Ayah singgah di Cendol Leman Dawi sebelum sampai ke Pedas. Ayah kata dah dekat dah dengan Wetworld tu dan dah jauh kami berjalan, jadi singgah minum cendol dulu.
Ada beberapa keistimewaan cendol Leman Dawi ni:
  • Kita beli cendol semangkuk, tapi boleh tambah bermangkuk-mangkuk. Ais, Air Gula, Cendol dan Santan tambahan siap disediakan atas meja. Macam buffet
  • Cendol yang murah, Seringgit je semangkuk
  • Air minuman disediakan percuma. Masa kita pergi tu, disediakan air barli ais. Boleh bungkus lagi air tu.
  • Ayah kata Leman Dawi ni rajin bercerita pasal fakta negeri-negeri dalam malaysia. Malangnya hari tu pakcik Leman ni takde

Selepas makan cendol puas-puas kami meneruskan perjalanan ke Wetworld Kolam Air Paneh Podeh tu. Apa lagi, mandi la puas-puas. Malangnya gambar tak banyak sebab ayah & ibu pun mandi sama, jadi takde orang nak ambik gambar.







Kami masuk wetworld tu pukul 1:15 dan keluar pukul 6:30. Puas mandi! Lepas tu kami singgah sembahyang asar dan ayah bawa kami makan di A&W Taman Tasik Seremban.

Lepas makan kami sambung perjalanan ikut lebuhraya Lekas. Kami singgah di R&R Beranang untuk Solat Maghrib & Isyak sebelum tiba di rumah dalam pukul 9:15
Labels: 0 comments | edit post

Birthday Acik

7 Jun 2011
Petang ni Acik call ibu ajak pergi rumah atuk untuk celebrate birthday Acik.

Ni sapa siapa shoot gambar siapa ni. Happynya Maksu!!
Bergambar Keliling Cake
Happy birthday Acik!!
Labels: 0 comments | edit post

Pusing-Pusing Shah Alam

6 Jun 2011

Seperti hari-hari cuti sekolah selalunya, kita ikut ayah ke shah alam. Ayah ke pejabat sementara kita dan ibu pergi ronda-ronda cari aktiviti. So hari ini kami plan untuk ke Perpustakaan Negeri Selangor, Shah Alam atau juga dipanggil Perpustakaan Raja Tun Uda. Malangnya library ni ditutup sebab dalam proses pindah ke bangunan baru. Ayah kata library in pindah start bulan Mac, tapi sampai sekarang tak siap lagi.


Kebetulan muzium/galeri kat sebelah tu pun tutup. So kami lepak je la kat luar tu untuk ulangkaji subjek sekolah agama yang akan ada ujian selepas cuti nanti. Selepas tu kami ke Masjid Negeri untuk solat sebelum ambil ayah balik lepas asar tu.

Pada Rabu 8 June 2011, kita repeat lagi acara ini dengan ibu. Kami dapat masuk ke muzium tu iaitu Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. Best juga, tapi sayangnya hari tu kami tak bawak kamera.

Sungai Langat

1 Jun 2011
Mula-mula kami plan nak pergi mandi sungai dengan Mak Long, Fitri, Iqmal, Ajai, Mak Su, Blinking, Acik, Hakim, Hadi & Hasib. Tapi Wan tak bagi MakSu & Humairah pergi, jadi Acik takde sesiapa nak bawa. Jadi cancel lah. Tapi petang tu tiba-tiba aje ibu dan ayah kata jomlah kita pergi dengan Mak Long dan anak-anaknya. Jadi kami ke rumah MakLong menjemput MakLong, Fitri, Iqmal & Ajai untuk sama-sama pergi mandi sungai.

Tempat ni kami tak pernah mandi lagi, baru survey beberapa minggu lepas. Jauh juga tempat tu. Dalam sejam juga dari rumah. Kami tiba pun dah lewat, dah pukul 4 lebih. Tak tunggu lagi, kami pun start berkubang. Sungainya lebar dan airnya deras, takut juga mula-mula tu. Dah lama mandi, barulah confident. Tengok la aksi 'menyelamat' di bawah.








Puas mandi kami pun bersiap untuk balik. Sebenarnya tak puas pun, tapi dah lewat petang dan sebab tempat tu jauh ke dalam, rasa macam dah nak malam. Kami singgah sembahyang maghrib kat area Kampung Jawa batu 18 sebelum menyambung perjalanan ke destiniasi jalan-jalan cari makan kami, Sri Nikat Sungai Lui. Kami dah pernah bawak Acu, Uncle Edy, Maksu & Paksu ke sini dulu, sekarang turn MakLong dan anak-anak pulak. Bon Apetite!






Pada 5 Jun 2011 kami repeat lagi pergi tempat mandi tadi. Kali ni Mak Long dan Pak Long sekeluarga, Acik dan Acik Farid sekeluarga join sekali. Kami semua sewa satu chalet disitu untuk berehat dan masak barbeque. Atuk, Wan, MakSu dan Humairah pun singgah sekejap petang tu
Labels: 0 comments | edit post