Liga 1MCC U12 2013 - Week 7

23 March 2013

Hari ini agak meletihkan. Malas nak tulis. Tengok result dan gambar je la ye. Jadual pun tak dapat buat sebab geng 1MCC sibuk kat oversea; sampai malas nak tengok league tempatan. Jadi takde updates tentang game-game lain.

Berikut adalah hasil lawatan ke site-site 1MCC
https://twitter.com/1malaysiacc
Katanya: 1MalaysiaCC is a project to improve the future of Malaysian football by educating & coaching youngsters at grassroots level.
Tapi: Nothing on the local league for at least a week, only info on their visit & matches in CC

https://www.facebook.com/1malaysiacardiffcity/info
Katanya: 1MCC uses football as a catalyst to provide a pathway to develop youths, giving them equal opportunities in an all-inclusive environment.
Tapi: Nothing on the local league since 25th March, only info on their visit & matches in CC

http://1mcc.my/
Katanya: 1MCC uses football as a catalyst to provide a pathway to develop youths, giving them equal opportunities in an all-inclusive environment. To give youths the basic right to participate, and to achieve their personal highest potential, resulting in well-balanced individuals.
Tapi: Still displaying last year's result (28/04/2012)

http://www.youtube.com/1malaysiacc
Katanya: 1MalaysiaCC is a project to improve the future of Malaysian football by educating & coaching youngsters at grassroots level. The Future Starts Here!.
Tapi: Last updated 4 months ago

Cukuplah pasal organisasi 1MCC yang sembang lebih sampai PM pun follow tu. Kita update je la hal kita ye:



Perlawanan Pertama VS KB Anak Kalumpang








MFA menang 2-0



2nd Warm-Up. "Amirul?". "Dah injured"

2nd game VS Ombak FC. "Kata injured?"







MFA kecundang 0-3
  Keputusan hari ini    
    Week7 Ahad 31.03.2013 - KB ANAK KALUMPANG @ padang B/10.30am (2-0)
    Week7 Ahad 31.03.2013 - OMBAK FC @ padang B/13.30pm (0-3)
Labels: , 0 comments | edit post

Andai Kata Anakku Tersilap

27 March 2013
Di kala kita dilanda masalah dan dugaan, selalu kita rasa menyesal dengan apa terjadi. Mungkin kita sedar akan kesilapan yang kita lakukan dan mungkin juga kita menunding jari mencari salah pada orang lain. Akhirnya, masa berlalu dan peristiwa itu menjadi sejarah yang memerlukan masa untuk kita mengubati kekecewaan dan penyesalan.

Jadikanlah sejarah sebagai satu cabaran. Titik hitam hanyalah secebis sejarah. Kita perlu ke hadapan. Cabarlah diri sendiri untuk menjadi seorang yang lebih baik, mengubah keadaan menjadi lebih baik dan memperoleh keredhaan Allah. Tadahlah tangan memohon doa, bertaubat dan sujudlah pada Allah. Kita hanyalah si kerdil yang dikuasai oleh hati yang jauh lebih kerdil dari jasad kita ini.

Sentiasalah memohon bantuan dan petunjuk dari Allah S.W.T serta bertaubatlah dengan dosa yang lalu. Jika hati ini sedih, takut, kecewa dan risau, sekujur tubuh ini tidak merasa yakin untuk melangkah mengejar kejayaan. Ini hanya mainan hati dan bisikan syaitan yang tidak jemu untuk menyesatkan kita.

Maka janganlah biarkan hati kita diugut-ugut dan dimomok oleh sejarah, kerana masa telah membawa sejarah pergi.


100th POSTS

24 March 2013

Sedar tak sedar, diam tak diam rupanya post yang terdahulu yang bertajuk "Liga 1MCC U12 2013 - Week 6" merupakan posting kami yang ke 100. Ambik masa lebih 4 tahun baru sampai posting yag keseratus. Nampak rajin sanggat. Any way horee horee!


Labels: 0 comments | edit post

Liga 1MCC U12 2013 - Week 6

23 March 2013

Sedar tak sedar dah masuk minggu ke 6 dah. Ada 2 minggu je lagi liga akan berakhir dan disambung dengan peringkat suku, separuh dan akhir. Kita yakin MFA boleh masuk ke suku akhir. Separuh akhir dan akhir tu InsyaAllah akan diusahakan.

Hari ni berbeza sikit. Teacher Yuni ikut kita sekeluarga ke RRI. Ayah & Ibu ajak Teacher Yuni ikut untuk belajar dan praktikkan kerja-kerja senifoto yang zoom-zoom ni. Kan banyak game, banyak aksi, maka bolehlah test skill photography. Selain tu bolehla tolong amik gambar kita kat tengah padang. Heh heh.

So kita tengok gambar je la ye.

Perlawanan pertama menentang Kelab Bolasepak Ampang Jaya-MPAJ. Meh tengok gambar-gambar line-up masuk dan bersalam-salaman

Aksi-aksi perlawanan pertama











Kami menang perlawanan pertama menentang KB Ampang Jaya-MPAJ dengan jaringan 3-0. Seterusnya ni gambar-gambar sesi warming-up sebelum perlawanan kedua.







Changing & pep-talk


Bersalam-salaman lagi. Kali ni dengan Semenyih Putra United.

Aksi-aksi perlawanan


Tak banyak aksi sebab kita pun tak lama beraksi. Kita keluar sebab sedikit injury. Untuk perlawanan kedua ini kami seri terikat 0-0. Aduyai.

Keputusan muktamad hari ini:
    Week6 Sabtu 23.03.2013 - KB AMPANG JAYA @ padang B/09.30am (3 - 0)
    Week6 Sabtu 23.03.2013 - SEMENYIH PUTRA UNITED @ padang B/01.30pm (0 - 0)

Berikut adalah kedudukan semua pasukan dalam Division 2 1MCC U12 setakat petang 23 March 2013 hasil catatan tidak rasmi oleh ayah kita. Ayah kata nak baca boleh, percaya jangan. Tapi kalau nak percaya juga sila buat at your own risk Sila dapatkan jadual yang lebih dipercayai dari 1MCC sendiri ataupun dari ayah orang lain

Labels: , 0 comments | edit post