Aidilfitri 2010

9 - 13 September 2010

Malam Raya 9 Sept
Malam ni biasanya kita dah tidur rumah Wan. Memang sejak dulu bila turn raya rumah Atuk/Wan, kita dan ibu akan tidur sini. Ayah pun akan datang sini, cuma selalunya Ayah akan balik selepas orang datang bertakbir di rumah Atuk ni. Lepas maghrib kita biasanya dengan aktiviti rutin malam raya iaitu bermain bungapi dengan sepupu-sepupu yang ada sementara tunggu orang datang bertakbir





Raya pertama malam raya kedua 10 Sept 2010
Memang tradisi malam ini kami akan berkumpul di kampung Atuk. Tempat berkumpul biasanya di rumah moyang kita atau di rumah adik beradik atuk. Tahun ni majlis dibuat di rumah unyang kita.


Raya ke 2, 11 Sept 2010
Esoknya kami bertolak ke rumah Acu. Kami tidur malam tu di rumah Acu dan esoknya mula beraya di rumah saudara-mara sebelah Ayah di Johor. Banyak rumah kami beraya, kami sempat juga ke rumah satu nenek di Johor Bahru. Nak ke sana tu siap kami semua beserta keluarga Pak Long tidur hotel; kira beraya sambil bercuti la ni.

Rumah Nek Su, adik arwah nenek. Kita suka datang sini. Ayah kata dulu masa kecik ayah selalu tidur rumah ni sebab dulu ini rumah atuk & nenek ayah.


Kami duduk kat hotel ni. Ayah kata mahal hotel ni




Sate di Lorong Sate
Dekat dengan rumah Acu ada satu gerai yang menu utamanya ialah Sate. Kita memang tak suka sate, tapi kat kedai ni kita boleh la makan 2 - 3 cucuk. Ayah pun hairan. Gerai ni terletak di Lorong Sate, Parit Raja, Batu Pahat. Tengok video dibawah ye.



Kamera Ayah II

Update

Sekarang ayah pakai kamera Samsung L201. Mula-mula ayah kata kamera ni untuk kita tapi sebab dah kamera besar ayah dah dijual & yang satu lagi dah letak kat tadika. Maka kamera ini lah yang kami guna bila berjalan-jalan.








Selain itu, ayah beli kamera video baru Sony DCR-SX44E sempena nak Raya ni. Ayah kata ni kamera main-main untuk belajar video. Lagipun ayah kata senang bila berjalan, boleh bawa dua-dua digicam & videocam yang kecik & ringan.
Labels: 0 comments | edit post