Garden Party - Birthday 2012

29 September 2012

Selepas tamat perlawanan futsal sempena hari keputeraan YM Tengku (entry sebelum), kami pulang dengan ayah. Ayah pulak yang ambil sebab ibu tengah sibuk siapkan party. Ayah dan ibu memang dah plan nak buat garden party untuk kita. Bukan la English Garden Party ataupun party-party yang gempak tu, ni party simple je. Minum-minum, light meal dengan snacks je. Sesuai untuk cover tenaga sebelum dinner malam nanti. Ye la kitorang kan dah membakar kalori kat padang futsal tadi... 

Punya lah simple party kita, ahli team kita tadi je yang datang, sedara-mara pun tak panggil. So kami iaitu
  • 3 pemain Malaysia
  • sorang Liverpool
  • sorang BlackHawk
  • sorang MU
  • sorang wakil adidas 
  • dan sorang wakil sponsor "Screw" 
yang join berparty. Kemudian tu baru datang sorang lagi pemain senior MU join kami. 

Best makan nugget daging dan drummet panas-panas. Menu ringkas tapi sedap. Kami pun tengah lapar masa tu, rasa tak cukup-cukup. Nasib baik ibu dah standby banyak-banyak, cuma gorengnya je yang slow sikit. He he...


Semua khusyuk



Tunjuk perasaan ayam lambat digoreng he he!

MU Sr malu-malu..


Lepas tu makan pulak junkfood; ish ish ish... mana boleh ni! Ada Tam-Tam, Miow-Miow, Mamee, Coklat.





Last tu baru ibu keluarkan kek birthday kita. Nyanyi sikit dan kita pun potong kek tu.

Kena nyanyi ke?...

Kill Da Cake!!

Swoosh... A leap by the Ninja Warrior with his blazing sword and... the cake is dead!

Ahhh... Da Cake...


Dua gambar diatas.. MU Jr dah kenyang.. erkk Alhamdulillah; tersandar...

Ni BlackHawk ni balik futsal ke balik cuci pinggan kenduri kawin? Siap ada tuala..

Acara makan-makan diteruskan sehingga dekat maghrib..

Sebenarnya ini kali pertama kita buat sambutan birthday dengan kawan-kawan. Sebelum-sebelum ni masa selalu tak mengizinkan. Kena bulan puasa la (paling selalu), tengah-tengah sambutan raya la dan macam-macam la lagi. Biasanya kami cuma beli kek, makan bertiga je. So walaupun majlis ni simple (malu pun dah besar nak buat grand-grand), tapi kita happy dan akan ingat sampai bila-bila.
-BB
Labels: 0 comments | edit post

Futsal Hari Keputeraan

29 Semptember 2012

Perlawanan Futsal Persahabatan Besempena Hari Keputeraan Yang Mulia Tengku Muhamad Amirul Amin Ibni Tengku Mohd. Aminnudin
  • Tarikh: 29 Semptember 2012
  • Tempat: Sports Station Futsal, Lot 2634, Batu 14, Jln Sg. Besi - Cheras, Balakong
  • Masa: 5 petang
  • Tempahan: Call sendiri 016-2661787





MAKLUMAT PASUKAN
  • Pengurus Pasukan: Ibu (Hantar & Bayar)
  • Pegawai Logistik: Ayah (Ambil)
  • Pemain:
    • Amirul
    • Zulhariz
    • Danish
    • Abe
    • Haikal
    • Harith
    • Luqman
    • Fazrin
Maaf kualiti grafik kurang memuaskan kerana diambil dari footage press. Harap maklum.
Labels: 0 comments | edit post

Lawatan Sambil Belajar - KL

19 September 2012

Lawatan sambil belajar anjuran SKBTHO2





Basikal Baru

11 September 2012

Sempena ulangtahun hari lahir kita lagi beberapa minggu, juga bagi memenuhi permintaan kita untuk sebuah basikal bergear, serta untuk memujuk hati yang lara maka ibu telah men'sponsor' sebahagian besar kos pembelian basikal kita yang baru. Pada perbincangan awal, kita akan keluarkan RM90 dari duit raya kita dan selebihnya ditanggung oleh ibu. Namun oleh kerana model pilihan yang agak mahal maka kita kena upkan pengeluaran ke RM100 dan ibu tambah lagi peruntukan RM100. Jadinya, kita keluar seratus dan ibu keluar beratus-ratus... kita sayang ibu kita..!

Ayah tolong pilihkan basikal. Kita beli kat kedai Kimbell Jaya BTHO ni je. Tapi pegi kat kedai anak sebab lagi banyak pilihan. Ayah kata kalau utk basikal biasa-biasa tapi ok, beli kat sini je. Ayah dah serik gi kedai lain. Lagipin diorang ni authorised dealer Raleigh, LeRun dan Polygon. Ayah pun bagi kita pilih antara Raleigh & LeRun je.

Kita pilih LeRun Bonus. Size besar punya, 26". Orang kedai kata ni ayah pun boleh bawak...ye ke he he.. Orang kedai suruh pilih dulu nak colour apa? Dah pilih warna baru dia pasang. Puas hati. Oh ya, ni sebenarnya LeRun kita yang ke2, yang pertama dulu kita beli Voltus. Masih elok lagi secara umumnya. Sementara tunggu orang tu pasang, Ayah tunjuk Raleigh Diablo dan Diablo Pro. Yang ni ayah kata kita kena beli sendiri kalau nak, sebab harganya dah RM7-8 ratus. Basikal yang harga ribu-ribu pun banyak kat kedai tu.




Spesifikasi
  • TYPE - MTB 26" Rigid Frame Gent
  • FRAME - Hi-ten oval tubing
  • SPEED - 18 Sp
  • FORK - Hi-ten rigid fat tubing
  • HANDLEBAR - MTB rise-type black
  • STEM - MTB black
  • HEADSET - Normal
  • SADDLE - MTB soft padded
  • SEAT POST - Steel
  • CHAINWHEEL - Steel crank w/CG black
  • PEDAL - PP w/ball
  • CHAIN - KMC Steel brown
  • FREEWHEEL - Shimano MF-TZ06
  • SHIFTER - Shimano SL-RS31
  • FRONT DERAILLEUR - Shimano FD-TZ31
  • REAR DERAILLEUR - Shimano RD-TY18
  • TIRES - 26" x 1.95"
  • RIMS - Alloy - Double Wall
  • SPOKES - Stainless steel
  • HUBS - Steel parallax
  • BRAKE LEVERS - Silver, black
  • BRAKES    Steel - V-brake
LeRun Voltus & Bonus - Gambar Hiasan (Bukan Kita Punya)

Ni sebenarnya basikal kita sejak berumur 5 tahun. Ada satu tu ibu punya ye. Yang sebelum tu dah bagi orang atau jual kat suratkhabar lama

Labels: 0 comments | edit post

Bukan Sekadar Nasi Ayam

8 September 2012

Sepatutnya hari ini ibu & ayah nak bawak kita ke rumah Mak Long atau Rumah Achik. Tapi entah kenapa, tiba-tiba tak jadi. Sebagai ganti, ibu masakkan kita nasi ayam. Nasi ayam ni kalau beli, rasa biasa je tapi kalau ibu masak sendiri rasa best pulak.
Rupa-rupanya Bukan sekadar nasi ayam.... jeng, jeng, jeng!





Labels: 0 comments | edit post

Rewang Kenduri Kahwin Merdeka Raya 2012

31 Aug - 2 Sept
Pada minggu sambutan kemerdekaan 2012 lepas, di lorong rumah kita ada kenduri besar-besaran.. Oleh sebab 31 Ogos tu jatuh pada hari Jumaat, maka cuti hujung minggu jadi 3 hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Lorong kami sebagai lorong terhebat abad ini telah mempunyai jadual padatnya sendiri. Tak payah Himpunan dan Konsert 55 Tahun Merdeka ataupun Perarakan Hari Kemerdekaaan. Juga tanpa perhimpunan Janji Demokrasi, tweeter mahupun facebook kami mempunyai jadual seperti berikut:
  • Khamis malam Jumaat: Tahlil, doa selamat dan open house di rumah Cik Karim
  • Jumaat: Rewang dan Majlis Nikah pada petangnya di rumah Cik Bidi
  • Jumaat malam Sabtu: Tahlil dan doa selamat di rumah Cik Bidi
  • Sabtu: Rewang dan Majlis Kenduri Kahwin di rumah Cik Bidi - Grandeur
  • Ahad: Rewang dan Majlis Tahlil, doa selamat dan open house di rumah Cik Maidin - Grandeur

Selain kaum keluarga yang bertandang dan berkampung di rumah penganjur/tuan rumah, kami kanak-kanak turut berkampung di luar. Masuk utk tidur je..









Labels: 0 comments | edit post