Impian Morib, Banting.

1/8/2009

1 Ogos 2009 kami ke Impian Morib Motel di Pantai Morib, Banting. Ayah ada perjumpaan reunion dengan kawan-kawan sekolah dia sempena 20 tahun meninggalkan sekolah menengah mereka. Kami tiba agak lewat sebab banyak persinggahan yang kena buat, check-in di hotel kira-kira pukul 4 ptg. Kami dapat bilik deluxe yang ada 1 katil besar dan satu katil single. Ayah pun tak tau kenapa kami dapat bilik besar tu. Tapi ok la lagi selesa.









Petang tu ada acara telematch, mula-mula acara untuk anak-anak, lepas tu acara untuk ibu-ibu, ibu kita masuk acara tu. Kumpulan ibu dapat nombor satu dan dapat hadiah hamper untuk dikongsi ramai-ramai. Lepas tu acara kaum bapa pulak, kita tengok kawan-kawan ayah selamba bukak baju berlengging ramai-ramai. Ayah kata kawan-kawan dia semua dah mesra macam adik beradik, jadi semua tak kisah. Ibu-ibu la yang macam malu-malu nak tengok. Kumpulan ayah pun menang juga. Lepas tu ada acara pasangan ibu bapa pulak, acara dia makan maggi. Sedap tu makan mee maggi. Tapi acara ni ayah dan ibu tak masuk. Selepas habis acara penyampaian hadiah, ayah dan kawan-kawan dia teruskan dengan sesi bersembang sampai azan maghrib berkumandang. Kita apa lagi, acara berendam dalam swimming pool lah.


















Malam tu dalam pukul 8.30 ada pula acara dinner b.b.q di sekitar swimming pool tu. Agak boring bagi kita sebab ada banyak ucapan. Ada juga ditayangkan gambar ayah dan kawan-kawan dia masa di sekolah dulu. Malam tu ayah & kawan-kawan kena pakai baju putih tapi bukan baju sekolah la. Diorang ada sesi nyanyi lagu sekolah pulak tu.










Esok paginya, lepas breakfast kita dengan acara berendam lagi selain ronda-ronda sekitar resort dengan ibu. Resort ni cantik juga dan tak la jauh sangat dari rumah kita, tapi ayah kata agak mahal dan makanannya tak sedap. Sementara itu ayah sambung bersembang dengan kawan-kawannya. Maklumkah dah lama tak jumpa kut, malam tadi pun kita tak tau ayah balik ke bilik pukul berapa sebab ibu kata ayah balik lewat. Tengahari tu kami check-out dan dalam perjalanan balik tu singgah lunch di KFC bandar Banting.
Labels: 0 comments | edit post