Sepang Race Day

17 March 2012

Kita boring hari ni. Kebetulan ibu dan ayah pun takde aktiviti, jadi kita ajak ibu & ayah ke Bagan Lalang. Sebagai teman bermain kita ajak Haris sekali. Kami bertolak lepas zohor. Semasa melalui Putrajaya, ayah ajak pusing-pusing sekejap tengok expo Hot-Air Baloon. Pusing-pusing je, tak turun kereta pun. Kami tiba di Bagan Lalang dalam waktu asar. Ayah terus ke parking GPT untuk melihat apa aktiviti yang boleh dibuat disana.
Tengah kami pusing-pusing tu rupanya ada perlumbaan go-kart terhebat baru nak bermula. Memang hebat betul...
Pelumba Pertama: Muhamad Amirul Amin

Pelumba Kedua: Muhammad Zulhariz
Pertarungan memang hebat sekali, potong memotong serta cilok-mencilok adalah pemandangan biasa.


Hebat kan? He he he...
Sehabis berlumba, kami pergi sembahyang asar sebelum malaksanakan aktiviti berkubang.....




..... sambil mencari harta karun
Menjelang senja, kami pergi mandi & solat maghrib. Lepas solat kami makan malam di kedai seafood yang pernah kami pergi dengan teachers dahulu. Sorry gambar makan takde la... lapar sangat.



Labels: 0 comments | edit post