Memancing Lele

30 May 2013

Pagi ni MakSu sekeluarga datang. PakSu, Humairah dan Harraz duduk kat rumah kita sementara MakSu ada urusan di AEON Cheras Selatan. Urusan apa? Apa lagi kalau bukan J-Card / AEON Card Day he he. Bila MakSu dah balik, giliran PakSu la pulak berjalan.

PakSu ajak kita gi mancing kat Sungai Serai. Kita mula-mula malas, tapi bila Ayah suruh ikut kita ok je. Ayah tak memancing sangat; tolong kita je. Lagipun ngeri sebab PakSu bawak umpan cengkerik... heee geli..


Paksu target ikan besar-besar. Kita pulak target ikan kecik-kecik je, janji dapat ikan. Ikan besar ni kalau dapat memang untung, tapi susah nak dapat. Oleh kerana kita aim ikan keli (lele) je, dan ikan tu banyak kat situ, maka senang la juga nak dapat. Kita dapat beberapa belas ekor la juga.

Nampak tak ikannya? Kocik yo...
Dah bosarkan ni.. nampak tak?

Labels: 0 comments | edit post

Jadilah Seorang Ketua Bukannya Tuan

27 Mei 2013
Anakku, kelak kau jadilah seorang LEADER (Ketua) bukannya seorang MASTER (Tuan).
  • Ketua memberi inspirasi bukan mengerah
  • Ketua memimpin melalui kemesraan bukan ketakutan
  • Ketua berkata "KITA", Tuan berbicara "SAYA
  • Ketua membetulkan apa yang salah bukan mencari salah
  • Ketua diberi penghormatan bukan menuntut sanjungan 
Kau Ketua yang Amanah anakku, bersesuaian namamu.
 

And now you know who inspired the Toy Story 3

Hari Guru 2013

16 Mei 2013

Untuk menyambut hari guru tahun 2013, kami sekeluarga sediakan sedikit hadiah untuk guru-guru yang mengajar kita tahun ini samada di sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama. Walaupun tak seberapa, kita harap cikgu-cikgu akan terhibur dan gembira. Mintak maaf cikgu kalau tahun ni kita banyak tak masuk kelas, busy bersukan. Janji takde sukan lagi dah lepas ni. Tumpu UPSR & PSRA pulak..

Pen untuk tanda buku, coklat untuk makan. Jangan terbalik!

Khas untuk guru-guru kelas.

Untuk subject teachers.

Macam-macam perisa yang ada...

bittersweet chocolate, extra fine milk pralines, extra fine milk chocolate with hazelnut,
extra fine milk pralines (kotak baru), extra fine milk chocolate with almond

Terima Kasih Cikgu!

Tambahan pada 17 Mei 2013

He he... rupanya hadiah Hari Guru kita short 1. Tak cukup... Anyway kami tambah la yang tak cukup tu. Camior dah habis, yang ada dalam peti pun dah bukak. Ganti dengan coklat pergunungan, Toblerone..


Aku Sekuntum Bunga errr... Sepasang Selipar errr...

14 Mei 2013

Semalam ibu keluar dengan Teacher Yuni sebab ada hal tadika. Teacher Yuni hantar ibu balik, tapi singgah minum dulu. Kita yang dalam perjalanan balik dari Sekolah Agama dengan ayah pun join singgah minum. Balik ke rumah, kita naik kereta Teacher Yuni.

Malam tu masa nak pergi tusyen kita cari selipar kita, tapi jumpa sebelah je. Tertinggal dalam kereta Teacher Yuni ke? Habis tu takkan keluar tadi kita pakai selipar sebelah je, nak tanya dia dah balik. Oleh sebab takut terlambat ke tusyen, kita teng-teng je ke dalam kereta. Lagipun tak tau kenapa, lampu porch dok berkelip-kelip macam funfair, susah nak cari. Nasib baik dalam kereta ada sepasang lagi selipar yang lain. Ntah la, kena curi dek anjing agaknya selipar kita tu. Tinggalah yang sebelah lagi kesunyian...
"Sepii.... hati ini, Aku sendiri lagi..." kata selipar
Esoknya lepas kita pergi sekolah, ayah kata ayah cari lagi selipar kita. Tak jumpa juga. Ayah kata ayah pelik, takkan ghaib macamtu je jadi ayah teruskan mencari dengan gigihnya. Jeng, jeng, jeng......
Jumpa tak? Jumpa? Tak jumpa? Laa dia menyamar ropenya, patut la tak jumpa..

Menyamar jadi bunga... Tak perasan kau..
Jangan mara haa...

Ibu & Ayah Memilih

5 May 2013

Dalam pukul 8 ayah kejutkan kita, kita taknak bangun lagi sebab hari ni hari Ahad. Lepas tu ibu pulak kejut. Ibu suruh kita ikut ayah dan ibu pergi mengundi. "Mengundi??" Dah lama dengar tu, dekat sebulan dah. Bendera pun ada banyak sepanjang jalan. Ayah pun dah cerita pasal Barisan Nasional yang dalamnya ada Umno, MIC, MCA dan lain-lain lagi. Pasal Pakatan Rakyat yang ada PAS, DAP dan PKR dalamnya. Serta calon bebas yang boleh ada ramai tu. Pasal lambang dacing, bulan bintang, roket, rumah, kunci, pokok dan sebagainya. Tapi malas laa... pagi lagi ni, sedap tido. Tapi oleh sebab ibu & ayah mengundi di rumah lama atuk, maka kita terpaksa ikut. Jauh tu, takut pulak tinggal sorang-sorang. Lagipun ibu janji lepas mengundi kami akan ke rumah atuk.

Ayah bagitau yang pilihanraya akan datang adalah ketika kita tingkatan 5, lama lagi. Baik ambik peluang tengok sekarang. Jadi ayah bagi kita kamera untuk ambik gambar. Kita jadi kameraman hari ini

Ini di sekolah Hulu Kelang, tepi MRR2 sebelum sampai Zoo Negara
Alamak jam la pulak...





Ni pulak dekat Giant Hulu Kelang, jalan masuk ke SK Taman Permata tempat ibu & ayah nak mengundi. Dulu ayah dan ibu duduk area sini kat rumah atuk. Sekarang rumah tu MakLong duduk.


Ayah kata Lion King


Ini pula di Tempat Mengundi SK Taman Permata. Ayah & ibu suruh ambik gambar banyak-banyak, tapi kita takut la. Boleh ke ambik gambar dalam ni? Polis ramai ni.

Takyah semak, ibu dah semak kat sms.

Terserempak dengan MakLong & AcikFarid, tapi time ni AcikFarid dah balik


Turun Harga Petrol

Hapuskan Tol & dapat air mineral free sebotol..


Lepas selesai ibu dan ayah mengundi, kami ke rumah atuk di Selayang. Dalam perjalanan kita tanya ibu 
"Ibu pilih yang mana?".
Tapi ibu taknak jawab ibu kata undi adalah rahsia. Kita tanya banyak kali, ibu kata nanti balik dari rumah atuk baru ibu bagitau. Kita tanya ayah pulak, ayah kata "Ayah memilih untuk mengundi!". Haih...

Ini pula kat Selayang, on the way nak ke rumah atuk. SK Taman Selayang ke apa camtu..





Diorang ni ada 3 orang je...


Dekat sekolah Hakim yang dekat dengan rumah atuk ni pun tempat mengundi juga. Tapi kita dah malas nak ambik gambar. Macam dah banyak sangat gambar.
Bakal Adun Kuah

Apa-apa pun, kata ibu:
Undi sapa la agaknya tu???

Pemilihan Pemain Sepak Takraw Mewakili MSSDHL ke MSS Selangor

2-3 May 2013

Hari Selasa 30 April 2013, Ustadz Zabidi minta kita jumpa dia semasa rehat. Rupa-rupanya dia nak bagi surat kelulusan penjaga untuk kita pergi ke pemilihan sepak takraw MSSD Hulu Langat ke MSS Selangor. Wow! Ingat dah tak dapat dah... Tapi apa pun kami sampai pusingan kedua aje haritu. Jadi tak le menaruh harapan sangat. 3 pemain dupilih dari SKBTHO2.

Pelbagai Bola SepakTakraw


Pemilihan dia adakan selama 2 hari iaitu Khamis 2/5/2013 dan Jumaat 3//2013. Ayah dan ibu bagi kita pergi walaupun nampaknya keberatan. Hari pertama kita lepas walaupun tak dapat menunjukkan aksi sebenar "servis kuda". Apit tu baling bola rendah sangat, nak kuda camana. Walau bagaimanapun kita kecundang di hari kedua. Sedih lagi, tapi nak buat camana...
Labels: 0 comments | edit post