Aidilfitri 2013M / 1434H

14 August 2013

Takbir Malam Raya @ Rumah Atuk
 Pagi Raya @ Rumah Atuk, Selayang
Mistaken Identity

Teka tangan mana ada duit raya, tangan mana ada kuih raya?


Atuk & Wan


Sungai Tua Baharu's Most Eligible Bachelors!
Yang belakang pegang phone tu tak masuk, nanti Achik marah

Selamat Hari Raya Tok, Mintak Duit Raya.. eh Mintak Maaf Zahir Batin

Lebih sikit Tok. Mercun bola dah naik harga ni..

Habis dah duit Atuk!

Wan & Adiknya Atuk Rosli / TokNgah

The Tok's & Wan's of 65/65B Jalan Kenaga

Petang Raya @ Rumah Pak Long Rahah, Bangi

Ayah & Acu lumba makan!


Mak Long bagi resepi kut..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari Kami Sekeluarga

Keluarga Sebelah Ayah Kita

Baju hijau, Kurta hijau, Sampul hijau!

Malam Raya Pertama @ Kampung Atuk & Wan, Rembau
Rumah TokNan & WanAni @ Pilin

Tok Nan berkain Pelikat


Eleh Harrazz... Manja.

Wan Ani & Wan

Raya Ke 3-6 @ Kampung Ayah, Johor
Ibu @ Umah Atok Sairi

Rumah Arwah Atok Main



Terbang ke rumah Nek Jah

PakLong Mengetuai Rombongan

Rumah Nenek Saerah

Rumah Nenek Esah


Rumah ni juga asalnya rumah Nyai & Yaai Ayah.

Oh! Acu Kita Ada Hamper!!!

Oh! Kita Bukak Hamper Acu!!!

Sebelum balik, pekena asam pedas claypot dulu.

Sekitar Ramadhan 1434 / 2013

3 August 2013

Tahun ini adalah tahun pertama kita berpuasa di tempat baru. Ok je, cuma aktiviti luar di malam hari tidak semeriah di Suadamai. Ibu dan Ayah kata elok lah tu, tahun ini kita kan nak UPSR. Tapi ada juga beberapa kali la kita dapat pergi ke pondok di Suadamai.

Tahun ni juga kami banyak berbuka diluar. Bukan makan tak berhenti-henti kat hotel atau restoran dari azan maghrib sampai orang habis terawih tu. Biasanya kami akan berbuka ringkas-ringkas je (ikut apa yang ada di dapur Ibu), selesaikan solat dulu dan malamnya barulah kami keluar makan.
Sahur 4 Ramadhan: Croissant & Cold Cuts Sandwich

Berbuka 4 Ramadhan: Mac & Cheese, Mushroom Soup & Some Salad
Contoh Menu Berbuka Ringkas

Berbuka 14 Ramadhan: Buttered Prawn, Kailan Ikan Masin,
Ikan Bakar Kuala Perlis, Sotong Goreng Tepung.
Contoh Menu Berbuka Tinggi Kalori
Selain dari cara tu & berbuka di rumah Atuk, rasanya 2 kali je kita berbuka di luar. Itu pun sebab ibu takde. Dan kalau tinggal berdua je dengan Ayah, memang menu kedai mamak le jawabnya. Ayah kata senang dan simple: Order air - tunggu Azan Maghrib - Ambik nasi - Makan - Bayar - Balik. Sempat lagi solat Maghrib kat rumah. Ayah juga kata bulan puasa ni senang nak pastikan satu-satu kedai mamak tu memang kedai Mamak MUSLIM atau bukan. 

Bazaar Ramadhan juga semakin banyak kat area rumah kita ni. Sebagai pengunjung tegar, kita suka walaupun kadang-kadang hidangannya tak seberapa. Menu wajib (kalau ada) Char Kue Tiaw & Samosa, kadang-kadang Lemang & Rendang... he he
Samping Misterius. Tak tau sapa punya, ditemui masa Ayah kemas-kemas samping &
songkok. Rupanya Acu bagi kita tahun lepas, lupa la. Thanks Acu.
Melengkapkan samping Acu di Atas, kita ada 3 pasang baju melayu baru untuk Aidilfitri. Mula-mula Achik dan CikFarid belikan sepasang warna turquoise. Baju tu agak besar sikit jadi ibu beli juga sepasang lagi warna hijau takut kita tak sempat membesar sebelum raya he he. Semalam ayah pulak beli baju untuk dia. Baju Teluk Belanga warna kelabu sepadan dengan warna baju ibu. Dan tadi, ayah belikan kita pulak baju yang sama kainnya tapi versi Cekak Musang. Tercekik musang tu... Cuma kita tak pasti & tak ingat, baju tak melayu dah beli ke?