WetWorld Shah Alam
4:11 PM
16/1/2010
Hari ni hari Ahad, hari cuti, tapi ayah ada kerja di office di Shah Alam. Ayah offer untuk kita dan ibu untuk ke WetWorld yang ada dekat dengan office ayah tu. Ibu pulak allow kita ajak next door buddy kita Haris. Sebabnya kalau kita sorang-sorang je, mesti ibu pun kena mandi sekali. End up ibu Haris allow dan kami pun bertolak dalam pukul 3 ke Shah Alam. Ayah drop kami depan pagar WetWorld dan terus ke office, patutnya kami yang hantar ayah ke office dahulu. Tapi bila dah ternampak WetWorld tu rasa tak sabar pulak nak masuk.
Ibu bayar tiket dan kami masuk, ni gambar-gambarnya

Lepas dah puas mandi, sebenarnya tak la puas sangat tetapi WetWorld tu nak tutup dah. Kira-kira pukul 6.30 petang kami keluar dari WetWorld dan berjalan menuju ke retoran Antan Batura. Kami kena berjalan melalui taman tasik, tak terasa penat walaupun agak jauh juga. Kat restoran ni servisnya teruk. Kami order makanan tak sampai-sampai. Saya order chicken-chop dah sampai tetapi ibu dan Haris punya makanan tak sampai-sampai. Lepas tunggu lebih sejam, dan selepas ayah sampai, barulah makanan ibu dan Haris sampai. Itupun lepas ayah marah kat orang kedai tu. Terus dalam sepuluh minit dah sampai makanan ibu dan Haris.
*Updated On 31 May 2010