Sri Nikat - Sungai Lui
1:21 PM
23 Disember 2010
Balik dari tadika hari ni ayah ajak kita & ibu pergi dinner ke Sungai Lui. Rupanya ayah pun tak pernah pergi tempat tu dan cuma tau dari blog orang di internet. Dengan tiada peta, gps atau panduan kami pergi cari tempat tu. Ayah pulak tengok blog tu dalam 5 hari ke seminggu yang lepas, ingat-ingat lupa je panduan orang tu. Akhirnya selepas sekali u-turn dan 2 kali berhenti sebab ayah ragu-ragu, akhirnya kami jumpa tempat tu. Kita dah takut dah, jalan kat tempat tu memang gelap dan agak sunyi walaupun ada rumah dikiri-kanan jalan. Kita bagitau ayah nasib baik jumpa, kita dah berdebar-debar dah jalan dalam gelap tu.
Tempat tu best la juga. Makan dalam pondok atas air kolam. Menu agak terhad. Ada ikan air tawar je, itupun 2-3 jenis je. Sayur pun 2-3 jenis serta masakan telur & ayam yang juga terhad menunya. Kami order Talapia Bakar, Talapia Sweet Sour, Sayur Kailan Ikan Masin, Telur Dadar, Nasi Putih dan minuman. Sekejap je order sampai mungkin sebab takde orang. Nampak sedap masakan dia. Bila makan.... memang sedap! Kita plan nak ajak Ibu & Ayah datang lagi. Ayah kata ok sebab harganya murah, cuma jauh la sikit nak ke sini.