Lumut & Pangkor with Acu

19 - 21 Dec 2011

Ayah dan Acu plan nak gi bercuti sama-sama. Malangnya Ayah tak tau nak ke mana. Antara cadangan ialah Perlis/Kedah, Kuantan/Cherating, Penang, Melaka, Lumut dan Desaru. Acu pun dah beberapa hari melepak, ibu pulak sibuk. Maka pada malam 18 Dec tu ayah buat keputusan, jom ke Lumut esok!

Atas sebab yang tak dapat dielakkan, kami memulakan perjalanan agak lewat. Lebih kurang pukul 2.00 petang baru bertolak. Malam tu lepas dinner dan ronda-ronda bandar Lumut aktiviti dipenuhi dengan kegiatan mencari hotel di Pangkor dan melompat-lompat atas katil.






Pagi tu selepas breakfast kami bertolak ke Pangkor.




Sampai Pangkor kami lunch dulu di Jeti. Kemudian naik van teksi warna pink untuk ke Puteri Bayu Beach Resort. Checked in, rehat-rehat then aktiviti ke LAUT!








Malam tu masa dinner kita kena asthmatic attack. Rupanya kat Pangkor ni takde klinik yang bukak sampai malam. So kami semua ke hospital untuk kita ambik gas pakai nebulizer. Kesian kan...


Esok tu semua orang dah tak sabar-sabar nak balik ke mainland semula. So just ronda sekali dengan van pink (again), dan terus balik ke Lumut.






PUTERI BAYU BEACH RESORT, PANGKOR REVIEW
  • Persekitaran: Dekat dengan pantai, boleh lari terus terjun dlm air. Ada mini zoo. Landscape yang ok juga cuma rumput agak panjang dibeberapa tempat. Ada tempat makan berhampiran di luar. Resort juga tak jauh dari jeti.
  • Bilik: Kami ambik family chalet & extra bedding. Bilik style melayu klasik he he. Bilik jadi bising bila lompat-lompat, maklumlah rumah kayu.
  • Makanan: Kita breakfast je kat sini. So and so je. Tak banyak varieties macam sepatutnya dengan harganya. Mungkin sebab sini pulau kut jadi makanan mahal.
  • Akan datang lagi?: InsyaAllah. Sebab ni antara resort yang ada facilities full hotel dengan harga yang sederhana. Malam-malam pun at least ada orang kat front-office, boleh la membantu kalau ada emergency.
  • Value for money?: Kalau nak dibandingkan dengan mainland rasanya kuran value. Tapi ni pulau kan, mungkin la memang mahal sikit. Sebelum tu pun dah tanya banyak tempat yang setara, tapi lagi mahal

BLUE BAY RESORT, LUMUT REVIEW
  • Persekitaran: Agak suram dan macam tersorok. Kawasan sempit dan agak worn-out. Mungkin 15 tahun dulu gah kut
  • Bilik: Besar. Kami pun ambik family room. Worn-out juga. Kalau nak shooting filem P. Rakmlee bolehlah datang sini. Agak 70's
  • Makanan: Set breakfast, bukan buffet. Boleh pilih dari 2 jenis menu. Rasa macam set breakfast kat A Famosa dulu. Kat luar ada kedai makan diseberang jalan. Kalau kedai makan tutup, ada kedai jual hasil laut. Boleh la makan sate ikan ke, ikan kering ke.
  • Akan datang lagi?: Mungkin dielakkan kecuali kalau dalam keadaan yang sama... iaitu tiba Lumut dah malam & hotel banyak yang penuh.
  • Value for money?: Not really.


Pusat Sains - with cousins

15 Dec 2011

Hari ni Ibu, Achik dan Mak Su atur program untuk ke Pusat Sains Negara. Mulanya Azrai pun nak ikut, tetapi terpaksa dibatalkan kerana Maklong sekeluarga balik ke rumah mak Paklong di Cheras. Jadinya Kita dan Ibu, Maksu dan Humairah serta Achik, Hakim, Hadi dan Hasib sahajalah ke Pusat Sains hari itu.





Walaupun kita dah datang ke sini tapi best bila datang dalam kumpulan kawan-kawan. Ada ujikaji dan permainan yang perlukan 2 orang pemain. Selain tu boleh la challenge satu sama lain dalam game-game yang ada




Snowalk i-City Again

4 Dec 2011

Hari ni Achik sekeluarga datang ke rumah. Lepas tu kami plan nak ke zoo negara. Tapi sampai-sampai di zoo dah lewat dah. Night zoo pulak macam takde, so dah nak tutuplah zoo tu. Last-last keputusan dibuat untuk ke i-City malam nanti.

Lupa dah berapa kali kita ke i-City ni, so takde la cite  terbaru. Tengok la gambar-gambar ni ye:












 

Labels: 0 comments | edit post