Janda Baik & Bukit Tinggi - Part 2

30 Nov - 2 Dec 2011

Pagi hari kedua kami semua breakfast di resort. Lepas breakfast, kami berehat-rehat di Wakaf Berangan sambil merancang program haritu




Sepertimana yang dicadangkan oleh tuan punya Teratak Malaya, kami memulakan program haritu ke Wadi Hussein atau Teratak Pak Habib. Ayah kata Pak Habib ni atau nama sebenarnya Syed Hussein Al-Attas ialah seorang penulis terkenal. Best juga rumah ni, ada landscape yang cantik, sungai, kolam hiasan, ikan dan macam-macam lagilah. Ibu dan Achik teruja la tengok pokok-pokok yang ada tu. Rumah ni ada menang award untuk landscape tercantik. Bagi kita biasa-biasa je, cuma yang tak bestnya di sini ada banyak nyamuk la.




Acik Farid jadi cameraman di Wadi Hussein ni
Selesai di Wadi Hussein, sekali lagi kami mendaki Bukit Tinggi. Kali ni ke Colmar Tropicale pulak. Ibu kata tempat ni adalah hotel dengan suasana yang lain dari hotel-hotel lain di Malaysia




Anyway tak banyak sangat yang boleh dibuat. Tapi memang cantik la tempat ni. Kita ada ajak ibu duduk sini tapi ayah kata takde apa pun yang menarik kat sini. Nanti boring je.


Dah habis pusing-pusing, kami singgah minum dan makan di salah sebuah sidewalk cafe yang ada di situ sebelum pulang ke resort untuk makan tengahari dan solat Jumaat.


Lepas makan, ayah & Acik Farid pergi solat Jumaat. Budak-budak takleh pergi sebab hujan. Dan selepas itu kami pun check-out dan pulang semula ke rumah dalam suasana renyai-renyai seolah-olah menangisi kepulangan kami he he..
Ayah dan ibu bagitau, kami semua pernah datang ke Janda Baik & Bukit Tinggi ni dulu. Waktu tu kita dalam umur 4 ke 5 tahun. Masa tu semua ada termasuklah Maksu dan keluarga Mak Long. Check-out low-res video di bawah, nak kualiti yang lebih baik gi mintak kat ayah.

0 Responses