Wanna know what I did this Raya?
12:03 PM
30 August 2012
HARI RAYA PERTAMA
My baju raya this year. Kuning diRaja
Tahun ni kita berpeluang beraya macam film-star. Jangan lupa tengok video ni ye. Dah la baju sama warna, cerita pun hampir-hampir sama pasal sambutan raya zaman kanak-kanak beliau.
Seperti uncle Aaron, selepas sembahyang raya, masa dihabiskan dengan golek-golek depan tv je, main game & melayan Humairah. Kita cuma pergi beraya ke 2 buah rumah jiran atuk. Tu pun PakSu yang bawak. Di sini biasanya aktiviti raya kurang meriah sikit sehinggalah kami bertolak balik ke kampung Moyang kita pada malamnya.
RAYA KE2 - KE5 @ JOHOR
Selepas zohor raya ke2, kami bertolak ke rumak PakLong di Bangi. Singgah beraya sini dulu sebelum balik Johor sebab PakLong tak balik kampung, pukul 5 baru bertolak ke Johor. Walaupun atuk dan nenek belah ayah dah takde, kami tetap balik setiap tahun untuk beraya ke rumah adik beradik arwah atuk dan nenek. Banyak rumah nak kena pegi tu, berbelas-belas. Kita suke twink, twink.. Ayah kata itu pun rumah atuk-atuk dan nenek-nenek je, kalau nak pergi rumah sepupu-sepupu ayah, laaaaagilah banyak.
Ni gambar kita belajar pakai samping 'Real'. Tak main la cangkuk-cangkuk. Bila dah berjaya, Hadiahnya... samping lama Acu. Terus bawak balik!
Orang bujang duduk depan!
Orang dah kawen duduk belakang
Malamnya
Makan-makan di Johor
Acu bawak singgah makan tepi sungai Batu Pahat. Makan apa-apa je lah yang ada. |
Kedai Soto Manis yang klasik. Soto Manis tu bukan nama kedai ni, kami yang panggil camtu |
Asam Pedas berperisa kari.... |
Tapi habis jugaa!!! |
NEW ADDITIONAL
Raya ni juga kita dapat sepupu baru bila MakSu bersalin pada raya ke3 masa kita di Johor. Nama baby boy ni ialah Aidil Harraz bin Shahrul Nisman. Maka sekarang, cucu atuk & wan berjumlah 8 boys-1 girl.
Kakak baby enterframe dengan merebut makanan Hakim |
RAYA KE7 @ REMBAU
Sebenarnya masa raya pertama tu kami tak jadi ke kampung moyang kita. Atuk dan Wan je yang balik. Atuk minta ibu dan MakLong temankankan MakSu takut terberanak. Bak kata Johan, air ketuban dan pecah!!! Jadi raya ke 7 ni lah baru kami balik ke umah moyang dengan family achik.
First gi rumah moyang kita
Moyang kita umur dah 96 tahun.. |
Pangkin dibawah pokok rambutan rumah unyang. Perhatikan juga bag australia yg PakLong bagi sebagai bag duit raya |
Pangkin/wakaf kat rumah atuk Murad pulak. Looks like atuk, sounds like atuk, talks like atuk but its not atuk |
Rumah atuk Murad ada laman besar, boleh main bola lagi.. |