Garden Party - Birthday 2012

29 September 2012

Selepas tamat perlawanan futsal sempena hari keputeraan YM Tengku (entry sebelum), kami pulang dengan ayah. Ayah pulak yang ambil sebab ibu tengah sibuk siapkan party. Ayah dan ibu memang dah plan nak buat garden party untuk kita. Bukan la English Garden Party ataupun party-party yang gempak tu, ni party simple je. Minum-minum, light meal dengan snacks je. Sesuai untuk cover tenaga sebelum dinner malam nanti. Ye la kitorang kan dah membakar kalori kat padang futsal tadi... 

Punya lah simple party kita, ahli team kita tadi je yang datang, sedara-mara pun tak panggil. So kami iaitu
  • 3 pemain Malaysia
  • sorang Liverpool
  • sorang BlackHawk
  • sorang MU
  • sorang wakil adidas 
  • dan sorang wakil sponsor "Screw" 
yang join berparty. Kemudian tu baru datang sorang lagi pemain senior MU join kami. 

Best makan nugget daging dan drummet panas-panas. Menu ringkas tapi sedap. Kami pun tengah lapar masa tu, rasa tak cukup-cukup. Nasib baik ibu dah standby banyak-banyak, cuma gorengnya je yang slow sikit. He he...


Semua khusyuk



Tunjuk perasaan ayam lambat digoreng he he!

MU Sr malu-malu..


Lepas tu makan pulak junkfood; ish ish ish... mana boleh ni! Ada Tam-Tam, Miow-Miow, Mamee, Coklat.





Last tu baru ibu keluarkan kek birthday kita. Nyanyi sikit dan kita pun potong kek tu.

Kena nyanyi ke?...

Kill Da Cake!!

Swoosh... A leap by the Ninja Warrior with his blazing sword and... the cake is dead!

Ahhh... Da Cake...


Dua gambar diatas.. MU Jr dah kenyang.. erkk Alhamdulillah; tersandar...

Ni BlackHawk ni balik futsal ke balik cuci pinggan kenduri kawin? Siap ada tuala..

Acara makan-makan diteruskan sehingga dekat maghrib..

Sebenarnya ini kali pertama kita buat sambutan birthday dengan kawan-kawan. Sebelum-sebelum ni masa selalu tak mengizinkan. Kena bulan puasa la (paling selalu), tengah-tengah sambutan raya la dan macam-macam la lagi. Biasanya kami cuma beli kek, makan bertiga je. So walaupun majlis ni simple (malu pun dah besar nak buat grand-grand), tapi kita happy dan akan ingat sampai bila-bila.
-BB
Labels: edit post
0 Responses