Gambar Dari Handphone Ayah

29 April 2010

Ni gambar-gambar yang boleh dikatakan menarik dari handphone ayah. Maaflah kualiti kurang baik, maklumlah handphone tak hebat.

Gambar ni di ambil di Ilham Resort pada 18 Oktober 2009. Yang menariknya kalau diperhatikan betul-betul, lantai tu nampak berkilat habis. Bayang lampu tu pun nampak terang kan? Sebenarnya masa ni unit apartment yang kami tinggal tu dilanda banjir sebab masalah saluran air di balcony. Bayangkan banjir di tingkat 2.


Yang ini pula di Carrefour dekat rumah kita dan diambil pada 21 November 2009. Yang kelakarnya kat poster tu tulis harga asal RM59.90 tapi harga promosinya RM99.00. Ni promosi untuk pengunjung ke peniaga ni?

Next is gambar kita kat kolam pancing Sri Bayu dekat jalan Hulu Langat-Semenyih pada 3 Januari 2010. Tak lama lepas ambik gambar ni, pancing tu tumbang ditarik ikan. Nasib baik tak terus masuk kolam. Hasilnya ikan rohu 1.2kg. Sebab syok dapat ikan, lupa nak ambik gambar ikan tu. Ada gambar kita dengan pancing je.

Gambar di sebelah adalah masa kita makan-makan seafood dekat Sabak Awur, Muar dengan ibu, ayah dan Acu. Acu yang belanja sebab Acu banyak duit. Ayah kata tengah-tengah bulan ni duit ayah dah kurang. 13 March 2010



Ni pulak gambar kita mandi-manda kat Agrotek Garden Resort, Hulu Langat. Tak menginap pun, datang mandi-mandi dan makan je. Kali ni kita mandi-mandi dengan Zulharis jiran kita. Kat sebelah tu ada satu takungan sungai yang dalam, tapi sebab Haris tak berapa berani mandi kat situ maka kami mandi kat tempat cetek ni je. Malam tu semasa makan, hujan turun lebat sangat. Empangan tu dibuka dan takungan yang dalam tu jadi sama macam tempat cetek ni. 19 April 2010

10 April 2010 Smartkids Fair 2010, PWTC. Kita masuk bengkel face painting dengan Ajai, Iqmal & Fitri. Hasilnya, nampak tak rupa kuda kat pipi kita ni. Kalau tak kuda pun macam kambing ke keldai ke... ada tak?
Labels: edit post
0 Responses