Trip ini kami sekeluarga pergi bersama-sama teachers dari centre ibu. Ada Teacher Shan, Teacher Vithya, Teacher Yuni & Teacher Liza. Untuk entry ini kita malas nak tulis panjang-panjang sebab nanti tak siap. Ayah kata letak gambar sahaja. Bukan apa, banyak entry lain sepanjang tahun ni belum masuk lagi, nanti penat nak mengarang. Oklah. Perjalanan pergi 4 jam 30 minit dari Puduraya ke Jeti Lumut. Bas berhenti makan di Bidor (Kedai Mamak Kari Kepala Ikan). Stop dibeberapa stesen bas seperti Teluk Intan dan Manjung. Ada juga penumpang yang turun tepi jalan aje. Kemudian kami makan di Lumut dan naik feri ke Pulau Pangkor.
Kami ke resort naik teksi van yang berwarna pink. Lepas check in kami pergi pusing-pusing pulau tu naik teksi pink lagi. Kami di bawa ke Kubu Belanda, Pantai Teluk Nipah, Mini Great Wall of China, Kilang Sate Ikan dan beberapa tempat lagi. Balik pusing-pusing tu, acara mandi laut pulak then malam tu BBQ.
Second day kami pergi island hopping. Dapat tengok batu penyu, batu buaya, batu tapak kaki dan lepak mandi manda di Pulau Giam. Tengahari tu pergi lunch di Pantai Teluk Nipah pun naik speedboat. Lepas makan dan shopping di situ, speedboat hantar kami ke resort. Petang tu kita, ibu, Teacher Shan & Teacher Yuni naik basikal pusing-pusing pantai berhampiran. Lewat petang tu, ibu dan teachers pergi shopping kat pekan Pangkor; kita dan ayah sambung berendam kat pantai depan chalet. Malam tu plan nak bbq lagi, tapi hujan. Masalah nak makan... tapi akhirnya errk... alhamdulillah.
Hari ketiga, tak dapat pergi jauh sebab nak balik dah. Kami mandi-manda di pantai depan chalet sahaja. Ibu sewa canoe dan naik berdua dengan kita. Pukul 12 kami check-out, naik lagi teksi pink ke jeti. Masa naik feri ke Lumut, kami dapat naik feri double-decker yang ada open space di dek atas. So kami semua pakat nak duduk situ je, best. Perjalanan balik lagi lama, 5 jam. Ada satu masa tu seat Teacher Yuni & Teacher Liza sama dengan tiket orang lain. Tapi semuanya dapat diselesaikan dan kami selamat sampai semula di KL dalam pukul 10. Kami turun di Hentian Duta & ambil teksi balik ke rumah.