Cameron Highland

13 Jun 2010

Pada hari Sabtu 12 Jun 2010 kami sekeluarga singgah di rumah Atuk & Wan. Dalam sembang-sembang tu, MakSu ajak Ibu pergi Cameron Highland pada esoknya Ahad, 13 Jun 2010. Malam tu kita tidur rumah Atuk dengan MakSu & PakSu sementara Ibu & Ayah balik. Esok pagi-pagi Ibu & Ayah akan datang bawa kita, Maksu & PakSu ke Cameron Highland.

Ahad, 13 Jun 2010
Pukul 7 lebih sikit Ayah & Ibu sampai ke rumah Atuk. Kita baru je mandi pagi & sedang bertuala tunggu Ibu datang bawa baju. Semua bersiap dan kita semua terus jalan. Ikut rancangan, akan berhenti breakfast dimana-mana. PakSu drive kereta Ayah. Kita, Ibu & Maksu duduk belakang.

Pukul 8.30++ tiba di R&R Rawang. Berhenti untuk breakfast. Ramai juga orang. Orang dewasa makan mee lah, nasi lemak lah, bee hoon lah. Kita malas nak makan, belum berselera kut. Last-last kita makan ikan keli goreng setelah di provoke Ayah. Tapi kurang mengancam la ikan keli dia, dah tak rangup.










Gambar kami sedang breakfast di R&R Rawang sambil MakSu & PakSu menjalani terapi vitamin D secara percuma









Sambung perjalanan hingga R&R Tapah untuk mengisi petrol dan ke toilet. Terus naik ke atas dengan jalan yang berliku-liku. Kita nampak perkampungan orang asli, orang-orang asli dan hasil jualan mereka. Lupa nak mintak PakSu singgah kat gerai-gerai orang asli tu.









Lebih kurang 11:30 pagi kami tiba di destinasi pertama. Kedai tea & scones pertama di Ladang Bharat. Kami pun duduk berehat sekejap. Order teh medium pot (teko sederhana dengan 6 cawan) teh biasa je, dua set scones dan 2 sandwiches. Ibu kata harga semua RM46 lebih. Mahal betul padahal kat bawah tu daun teh free je. Jadi kami pun minum & makan la sambil menikmati pemandangan ladang teh disitu. Cuaca tak la sejuk sangat.

Ketika baru sampai. Rasa nak turun kat pokok-pokok teh tu, tapi ayah & ibu tak kasi







Makan-makan, minum-minum, sembang-sembang.





Ini le rupe scones. Harga satu set ni RM12, ada 2 scones tapi satu tu Ayah dah makan. MakSu sempat hantar mms kat MakLong bagi dia jealous sebab tak dapat ikut he he






Tengah-tengah kami makan scones tu, ada orang tegur... aii makan tu tak takut ke nanti gemuk? Kenal tak orang ni? He he ayah kata bukan nanti gemuk, sekarang pun dah gemuk! Ibu kata bagus la dia, tak sombong malahan peramah.







Perjalanan diteruskan lagi. Agak sesak maklumlah cuti sekolah. Kami singgah di Big Red Strawberry Farm, also known as Taman Agro Tourism Cameron Highlands. Taman ni nampaknya dimiliki oleh beberapa orang atau syarikat yang berbeza sebab susunannya nampak macamtu. Tempatnya mendaki bukit yang tinggi dan curam, nasib baik boleh drive-through. Walaupun namanya Strawberry Farm, kita datang sini beli cactus je. Kita tengok banyak kaktus yang comel-comel. Ibu pun beli utk bagi kat MakLong dan Acik. Kita pun pilih dan beli yang mana kita suka. Walaupun masa ni dah pukul 1.00 tengahari, tak terasa panas sangat kat sini. Apatah lagi sambil makan aiskrim strawberry yang 100% asli he he.


Kita, Ibu, MakSu (tak nampak) sedang pilih kaktus. PakSu pun nak pilih jugak he he










Ibu tengah pilih kaktus secara serious.









Yang ini Ibu kata kaktus tampal. Silap-silap tinggal pokok yang bawah je. Yang warna-warni tu boleh tanggal.








Tempat ni kami tak pergi, ambik gambar je. Geram tengok strawberry besar tu. Kalau boleh makan, satu kelas kita boleh kongsi sama-sama








Our next stop is Kea Farm. Actually kami stop kat sini sebab tak larat dengan jam untuk naik ke atas lagi. Kat sini banyak kedai jual produk Cameron Highland seperti sayur dan buah-buahan. Kedai cenderamata pun banyak.

Kat area gerai-gerai luar tu. Macam pasar je. Kat sini kita rasa madu dengan honeycombnya sekali, ayah yang beli.








Pemandangan Kea Farm dari restaurant dan rest areanya








Pilih keychain. Banyak yang cantik-cantik. Siapa nak??









Lepas selesai di Kea Farm, kami berpatah balik ke Brinchang. Sebelum sampai Brinchang tu kami singgah pulak di Cactus Point. Oh no... cactus lagi. Kita beli lagi 6 pokok kat situ.


Sebenarnya masa ni tengah kecek ibu untuk beli cactus lagi







Muka boring sebab mula-mula tu Ayah macam tak kasi beli cactus lagi sebab kita dan ibu dah beli 7 cactus. Last-last beli juga. Yang ayah tak tau sebenarnya kami dah beli 13 cactus. So hari tu kita & ibu beli 19 pokok cactus.




Ibu dengan hisbiscus gergasi










Lepas tu kami balik ke Brinchang untuk makan dan pergi ke pasar malam disitu (sorry takde gambar). Then terus bertolak balik. Kami singgah di Tanah Rata untuk sembahyang asar dan sebagai last stop di Cameron kami singgah lagi di tea shop berhampiran Ladang Bharat. Ini bukanlah tea shop yang tadi, lebih besar dan selesa. Disini kita akhirnya dapat bermain-main diladang teh. Tapi masa tu cuaca dah mula sejuk dan tanah di ladang tu licin mungkin disebabkan hujan sebelumnya.





Labels: edit post
0 Responses